Saturday, November 26, 2011

IBU MERTUAKU

sebelum tu, ini adalah siaran lintas langsung dari umah parent ciknad ye..ciknad telah dikidnap balik oleh emak dan ayah ciknad malam semalam..ngonon nak ambik masa sesorang, last-last halfday je la merasa..bak kata RENA postpone..hehehe..ok berbalik kepada tajuk di atas..camner hubungan korang dengan mertua..ok?? ciknad sesangatlah ok..dapat mak mentua yang sangat-sangat ok cuma kekadang terasa kekok sikit bila nak berkomunikasi..bukan xserasi tapi sifat malu-malu kucing itu masih ada lagi dalam diri..ciknad ni mmg loghat KL walaupun dok kedah dan mertua plak mmg pekat ganu giler la..takut gak kekadang sembang dorang xfaham..tapi itu xjadi masalah..kalau xfaham terus terang je..xpayah nak malu-malu kan..ehhh..xpayah malu-malu tapi kalau nak telefon mak mentua ciknad mmg malu..ahahaha..ntah pe-pe la kan..bukan apa ciknad kekadang terfikir aku nak cakap ape erk nanti..faham ke dorang..takut tersenyap plak dua-dua nanti..tu sebab ciknad akan cakap bila encik suami ada sama je..tapiii selepas hari ni ciknad akan memberanikan diri..ye la xkan la sampai bila-bila nak macam ni kan...buat pertama kalinya ciknad telefon mak mentua tanpa ada suami di sebelah..hebat kan?? orang lain da lama buat ciknad baru sekarang nak merasa riak..macam-macam gak yang disembang sampai telefon mak mentua habis bateri..so kesimpulannya lepas ni jangan malu-malu lagi..serlahkan kemesraan anda..hehehe..ok ciknad nak siap..ayah ciknad da bagi arahan suruh siap..g makan kenduri..bubuii uols

Friday, November 25, 2011

WEEKEND

hooray..hooray..it's a holi holiday...yaa..setelah melalui hari-hari yang melemaukan otak ciknad hari ni tiba juga hujung minggu..ciknad xbalik pun umah parent walaupun perjalanan dari kuarters ke rumah ciknad hanyalah  sejam..xtakut ke dok sorang?? soalan yang selalu dituju kat ciknad..xpun..insyALLAh xda apa-apa berlaku..hari lain leh dok sorang-sorang xkan hujung minggu xboleh kan..kekadang kita memerlukan untuk masa kat diri sendiri..betul x ??  berlainan sikit hujung minggu kali ni sebab encik suami balik hari sabtu sebab dia ada kursus..selalunya encik suami balik hari jumaat..kira hari jumaat penuh la ciknad bersendirian lagi..tapii xpe ciknad xkisah..ciknad da isikan dengan sebaiknya seperti jeng jeng jeng


1. AKTIVITI PERTAMA

ye la...kalau x..lapar la ciknad...lain la kalau ada kedai makan depan sekolah ni..tapi sebenarnya kalau da seharian dok umah nak kuar pun malas..makan je yang mana ada..menu hari ini adalah nasi goreng sotong..bunyi gempak je kan..sebenarnya habiskan nasi + sambal sotong semalam daripada membazir..ye la dok sorang makan pun ciput je..pastu mood nak buat sesuatu tu timbul so ciknad godek-godek dapur ada tepung dadih..cergas la membuat..sedap dimakan sejuk-sejuk sambil menonton korea..


2. AKTIVITI KE DUA

sekejap je..xsampai sejam pun..entahla..sejak kebelakangan ni nak tido waktu siang mmg payah betul..pastu kalau lepas subuh payah la nak tido..rugi la cuti ciknad..huhuhu..malam lak..payah la nak stay sampai kul 12..xremaja betul la kan..aisehh

3. AKTIVITI KE 3

haruslah layan korea.baru episod 10..masih banyak lagi nak kena tgok ni...hehehe

4. AKTIVITI KE EMPAT


wajib yang ni..untuk berkomunikasi denga dunia luar..kalau xkeluar rumah pun seelok-eloknya berkomunikasi cara lain kan..tanpa internet mmg kebosanan..dari internet juga jumpa encik suami dulu-dulu..

5. AKTIVITI KE LIMA

baca novel..tapi bukan buku ni yang di baca.hanya semata-mata gambar ok..ciknad suka enulis novel ni..siti rosmizah..semua novel dia ciknad ada..bila lagi agaknya dia nak kuar buku baru ni..hmmm

6. AKTIVITI KE ENAM

karok sesorang kat umah..takdala malu sangat..sebab xda orang lain dengar...diri sendiri je la dengar..sumbang ke tidak diri sendiri je..asalkan layan...tapi yang bestnya buka youtube sebab nak tengok liri n then botol yoko-yoko ciknad tu la mic..hahaha..buang tabiat..

tu ler aktiviti orang yang menghabiskan waktu ketika bersendirian..korang plak camner..yang wajib tu xpayah la nak diceritakan..benda pun wajib..memasing tahu la yerk..

Thursday, November 24, 2011

MERAJUK


buruk aje bunyinyer kan bila kita dah dewasa ni..tapi xsalah kot rasanya sebab memasing ada hak..kekadang merajuk ni juga boleh membawa ke arah kebaikan dan ada jugak yang menyusahkan..ciknad sentap ok..semua suruh balik sana sini..tapi dorang langsung xpk hal ciknad..camner nak ke sana??ok ke ciknad??semua seolah-olah memberi arahan kat ciknad..ye la..tahu la ciknad cepat kesiankan orang tapi kekadang ciknad sentaplah juga ok..sedih plak rasanya..huhuhu..ciknad gak ngaku kekadang tu untuk kebaikan ciknad tapi ciknad tetap degil gak kan..alahai diri...hari ni da gaji la uols..tetiba terasa nak g shopping baju + tudung..rasa mcam dah lama xshopping sejak bertukar keja ni..mana x nya.kena la berjimat cermat kan..dulu leh la shopping itu ini..jeles plak dengar akak tu g shopping dengan husband dia last month atas sebab mengamuk setelah suami dia komplen itu ini tapi xbawa pun..yang tu no komen la kan..tapi biasala isteri memang kebanyakan bergantung kepada suami kalau nak ke sana ke mari..suami ciknad jauh so ciknad kena semuanya sorang2..xpela xshopping pun boleh hidup jugak kan..sebab semua itu adalah nafsu..ehhh dah la..nak baca buku akaun plak tambah ilmu..karang ada plak tetiba surat kata aks xbuat keja..how?? padahal baru tadi ciknad mengulas kan..kadang-kadang keja juga perlu ada selitan yang lain..tak da la stress kan..hehehe...

TANGGAPAN YANG SALAH

Berita Harian Online | Staf sokongan tak kerja masa cuti sekolah

dah baca ker??sila klik kat atas kalau nak baca ok.. so how pandangan korang..bagi ciknad semua tu adalah 1 tanggapan yang sangat2 salah..ciknad terasa bila disitu ada tulis pembantu tadbir ataupun nama kampungnya kerani..ciknad bajet cikgu yang menulis ni ada masalah dengan PPM & PEMBANTU TADBIR sekolah dia..maaf ye kalau ada cikgu2 ataupun pihak lain yang terasa..bagi ciknad isu ni xperlulah sampai nak ke berita ataupun bla bla..kalau xpuas hati cakap je terus dengan orang itu..kalau buat laporan pun xperlu sampai ke berita..kejar glemer ke hape orang itu..masalah sesama sendiri tu perkara biasa..banyak sekolah da ada mengadu itu ini..tapi yang tu memasing punya hal la xmo belah mana2 pihak sebab yang ni tertakluk pada keadaan tertentu..yang ciknad xpuas hatinya tu dia memandai membuat spekulasi kitaorang yang staff ni xbekerja masa cuti sekolah.tahukah anda..di masa cuti sekolah la kami mendapat ruang untuk menyelesaikan kerja2 yang tertangguh semasa waktu sekolah...tahukah anda ada sesetengah kerani sampai mengangkut file + buku2 yang gedabak balik ke rumah..tahukah anda sepatutnya kami xperlu langsung mencampur hal keja guru..tahukah anda tapi kami gaji kamu itu xkan bergerak2..tahukah anda tanpa kami juga takdala orang yang nak menyemak sama ada nama kamu itu tercicir dalam senarai penerima bonus dan juga senarai kekurangan jumlah wang bonus itu..semuanya kami...kami adalah staff sokongan yang menyokong segala pentadbiran sekolah..ciknad paling xsuka ayat ini..

 "SAYA tertanya-tanya sama ada jawatan Ahli Kakitangan Sokongan (AKS) seperti Pembantu Tadbir (kerani), Pembantu Pengurusan Murid (PPM) serta Kakitangan Am yang ditempatkan di kebanyakan sekolah rendah dapat meringankan beban tugas guru ataupun tidak. Kenyataan ini mungkin agak mengelirukan tetapi mungkin ada baiknya dikongsi bersama sebagai teladan. "


ini bukannya teladan tapi KETIDAKPUASAN HATI ..staff mempunyai cuti 20 hari kerana bekerja seminggu 5hari..kalau sekolah cuti peristiwa dan cuti sekolah staff tetap juga bekerja..kira adilla kan..bagi ppm prasekolah yang kecil ni..masa cuti sekolah la digunakan untuk menghabiskan cuti..kalau masa sekolah kompem la bz nak tolong itu ini..tapiiii dalam ciknad menyokong staff ni janganlah plak ada staff yang mengambil kesempatan macam seseorang ini..hari2 balik awal..staff yang macam ni lah perosak imej staff lain..sekian..

Wednesday, November 23, 2011

PAGI RABU

Assalamualaikum..haii..gud morning n selamat pagi..jam sekarang menunjukkan pukul 6.37pagi..pepagi buta da mengupdate blog kan..hahaha..buang tabiat..sebenarnya ciknad baru lepas menyetelkan keja ciknad..fuhh...lega da sikit sebab akaun semuanya sama..belek balik semua file takut ada yang tercicir..gerun ok buat akaun ni..rasa macam tanggungjawab besar sangat kat diri kita..kalau tersalah camner???sendiri tanggung la..huhuhu..tetiba ciknad rasa menyampah dengan akaun ni..padahal dulu2 gedik nak masuk kelas akaun.bila dapat offer teknik ciknad pulak reject akaun n then ambik kejuruteraan mekanikal..sekarang merasa la plak akaun balas dendam sebab reject dia masa dulu2..ciknad mengantukla..tapi nak tido takut terlajak pulaks..dah la semalam encik husband kata tido berdengkur (melalui skype) ..langsung ciknad xsedar bila da tido..masa bila tido pun xsedar..tu la encik husband sombong sangat xnak sembang..kan ciknad da tertido sorang2..errr..mmg selama ni pun hari2 tido sorang kecuali hari minggu..

Tuesday, November 22, 2011

PENAT

ciknad penat la dalam minggu ni..berusaha keras menyetelkan keja2..ye la keja mestilah disiapkan..ye x...da 2 hari ciknad balik membawa file2 + buku yang gedabak itu dan 2hari jugalah ciknad mengadap semua itu pada waktu malam..tapi dalam kesibukan itu ciknad tetap gak ambik masa untuk rehatkan diri sendiri walaupun sekejap..boleh ler takat nak tengok bola + baca novel ..korea je xsempat...ni esok penghulu nak datang plak memantau..suspen ciknad..da la masalah keja xselesai lagi ngan kekalutan bos plak..xselesa ok..nak buat keja pun xsenang..how ni..penat laaa...tu la pasal semalam tido kul bape pagi xmo settlekan..dok golek sana sini...merasa laaa..tapiiii...ada jugak tapi kan..bukan xnak buat..da nak muntah hijau rasanya ngadap semua itu..siang da ngadap..malam pun ngadap..alahai keja..beginilah nak mencari rezeki..ayuh semangat settlekan cepat2 n selepas itu cuti..opss sebelum tu..korang ada ambik cuti ke sempena malaysia menang bola..ciknad takde pun..cuma datang lambat keja aje..tu pun sebab kepala ding dong..hohoho

Monday, November 21, 2011

KEHAMILAN

cer korang google tentang kehamilan..macam2 info yang ada..tapi sekarang fokusnya bukan semasa alam kehamilan tetapi ke arah untuk kehamilan..bunyi macam pelik je kan tapi bagi ciknad semua tu penting seperti yang telah terjadi pada ciknad sendiri hari ni..huhuhu..sebelum tu mmg mengaku la cetek sangat ilmu alam rumah tangga ni dan kekadang kecetekan ilmu ni la boleh terjadinya kesilapan yang kita tak sedari...mana taknya..masa asyik bersembang dengan perasaan bangganya ciknad g crite tentang kelazatan umpp "AIR TEBU" yang diminum semalam ..teruslah makcik sorang tu terjah..ambik kauuu..ciknad ingatkan da habis jaga la sebab xmakan benda yang tajam macam nenas..tapai...air gas.. tapi TIDAK SAMA SEKALI..terus ciknad gabra n then tanya itu ini n then skype akak opis lama..huhuhu.macam orang pregnant je ngelabahnya kan..yer la..ciknad stress la orang sana pregnant orang sini pregnant tapi ciknad tak..kekadang terasa la jugak tapi hanya orang perempuan yang senasib je mungkin memahami..adat bila bujang bertanya pasal nak kawin..dah kawin bila nak ada anak..dah ada anak bila nak tambah..dah anak besar bila nak dapat menantu dan bla bla bla..so kepada wanita2 di luar sana yang senasib jom kita google untuk tambah ilmu pengetahuan..persediaan juga penting dan jangan sama sekali stress..kalau stress pengeluaran ovum tu xelok (kredit tu kak emi..tq)

Thursday, November 17, 2011

SENYUMMM

senyum xperlu kata apa-apa..kalau kita senyum..semua orang berjangkit..bila semua orang senyum..dunia tiada penyakit.. (ehh..leh cayer ke senyum penyembuh segala penyakit??)  tiada apa yang hendak diceritakan..tiada apa yang hendak diluahkan..bak kata tiada apa2 la..ke sebenarnya ciknad yang malas ngeee..so senyummmmmmmm je la dulu...peaceeeee



Tuesday, November 15, 2011

BILA BERJAUHAN

pada suatu petang selepas ciknad balik keja...

Encik suami : nak berhenti keja la, pastu buka cc kat area sini..
Ciknad        : macam tu plak..keja kan da elok2 
Encik suami : yela senang sebab dekat
Ciknad        : ada2 je la..camtu saya (panggilan manja ciknad kat suami) la berhenti keja..dok dengan abang..
Encik suami : hahaha..mengarut
selesai perbualan..

kesimpulan yang ciknad leh buat dari perbualan di atas, bila berjauhan ni mmg akan terdetik gak nak hidup bersama. ye la suami isteri ceq oii..bukannya kapel ke yang leh jauh2..rasa macam xsempurna je rumah tangga tu bila masing2 berjauhan..ciknad xdapat nak jaga makan minum pakai suami..semua kena suami buat sendiri..kadang2 kesian la jugak..tapi demi mencari rezeki terpaksalah berjauhan sementara nak dapat tukar..tambah2 bila salah sorang dari kami sakit..sangat2 risau..kalau dekat senang la tengok n jaga..ciknad plak kalau sakit terlantar sorang2 mula lah touching tu mariii..insyALLAH bahagia menanti kita..tingkatkan lagi kesabaran..ini semua hanyalah dugaan..amin..

Thursday, November 10, 2011

KIND OR CRUEL ??

absolutely keciwa dengan apa yang berlaku..kalau kita baik sangat org pijak kepala kita n bila kita jahat orang mengata kita..xpatut buat cam itu ini..tapi patut x dorang buat camtu kat ciknad...bila susah..bila ada apa2 masalah..sapa yang dicari??ciknad jugak..tapi bila semuanya ok, dorang semua jadi lupa daratan n bila komplen pasal perangai dorang kena balik kat diri sendiri...adil ke??sangat xadil bagi ciknad..kesimpulan dari encik husband ciknad terlalu berlembut n asyik pk hal orang lain..ciknad rasa mmg betul..lepas ni bak kata encik husband " kesiankan diri sendiri dahulu sebelum kesiankan orang lain & pk hal sendiri dahulu sebelum pk pasal orang lain" ye2..lepas ni ciknad da xkisah da semua..silent is more better from talking bla bla bla..tq darling sebab selalu ada bersama walaupun kita jauh..

Wednesday, November 9, 2011

I MISS HIM

sejujurnya ciknad sekarang tengah rindu seseorang ni..alahaiii..bila da rindu mula la perasaan sensitif tu datang nak jumpa..ciknad tengah rindu mamat ni...


alololo cute kan bigboy ni..xkisah la orang lain nak kata apa..pada ciknad suami ciknad adalah yang terbaik dari yang terbaik..i love him so much until the end..terima kasih kerana terima ciknad sebagai isteri dan mengharungi segalanya bersama2 dan ampun maaf dipinta kerana xdapat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaiknya..insyALLAH nanti bila kita dah tggal sama2, kita cover balik yerk..xsabar nak tggu masa tu..tapi xtahu bila..bersabar je la...semoga perkahwinan kita akan bahagia selama-lamanya dan dimurahkan rezeki..aminnn


BOLA-BOLA API


camtu la agaknya muka ciknad tadi masa kat pejabat kot kan..mmg berapi la bak kata cikgu2 kat sekolah bola-bola api..mna tak nya..ciknad geram giler ngan pembantu ciknad ni..selalu sangat monteng keja..aishhh..kalau sakit betul2 xpe la..kita paham..ni PENIPU BESAR ..menurut daripada sumber, dia xdatang sebab kena hujan n then pastu dapat la penyakit batuk..bila pejabat kol xangkat..tapiiiiii bila ada cikgu yang nak order nasi untuk jamuan dia boleh angkat..kau xhangin ke gitu??? bukan sekali or 2 kali telefon..berkali2 ok..kesian lak ciknad kat pk ciknad yang boleh dikategorikan dalam golongan veteran..dan yang paling hangin adalah DIA DATANG KE SEKOLAH MENGHANTAR MAKANAN YANG DIORDER ...seeeeeeeee..padahal kau sakitkan..bukankah sepatutnya berehat dan bukannya hantar order dari kau tapi pakcik kau..PAKCIK ok..ciknad n the geng semua da agak dia yang tgkap kontrak tu..apa lagi..terus ciknad serbu dia la kat bawah sebab dia nan ado naik pejabat..almaklumla orang xsihat...leh lak mamat tu kata dia sengsara jiwa raga sebab tu sakit n xleh keja.@#$%^& punya alasan...siap kau hari ahad ni.

p/s : suami ciknad tetiba dengan baik hatinya mengajak ciknad ke dinner opis dia..tema adalah retro..how?? ciknad bukan pandai nak bermajlis2 ni..mekap pun masa tunang ngan kawin je..ari lain nan ado..how?? how?? suami kata pakai je apa yang ada xpun ala2 saloma..ciknad nak pakai baju kurung ala2 ayu gitu xbagi pulakss..howwwwww???

Tuesday, November 8, 2011

XSUKA CUTI SEKOLAH

cuti sekolah da nak dekat..huhuhu..aikkk..xgembira ke ciknad..yesss!! mmg xsuka cuti sekolah sebab rasa masa macam panjang je..dah la kena stay kat pejabat dari 8am - 5pm..jangka masa yang agak panjang + dengan keadaan yang sangat sangat sunyi..nasib baik la ada laptop + internet..tapiiii xkan sampai juling mate dok ngadap nak menunggu 5pm..nasib la kak yong (ppm prasekolah) + kak ila (ppm pendidikan khas integrasi) ada..leh la peneman gosip2 tempatan dan antarabangsa..start cuti sekolah ni bermakna ciknad kena jadi full time chef la..mana tidaknya, supplier makanan pun cuti...da nak kena start list2 barang2 dapur..hmmm...nak beli apa erk..beras...kicap..gula..garam dan bla bla bla..

Monday, November 7, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
buat semua yang membaca blog ciknad..harap semuanya puas merayakan hari raya..tetiba terasa cam skema lak ayat2 ciknad ni..erksss...camner ngan raya korang..ciknad punya raya biasa2 je..kali ni belah utara plak sebab raya puasa ari tu kat belah ganu..menu?? xpayahla nak cadangkan menu lain..mmg rumah da terkenal ngan soto + rendang ayam (tapi kali ni xda rendang ayam..rendang daging..menantu dia suka lerr) cuma kali ni ada penambahan 1menu iaitu sate..kelasss kau bakar sate time raya..xda la jamu org pun..makan untuk family je..sekejap je kan 2hari cuti beraya...sekejap je rasanya berkepit ngan husband...rasa mcam nak suh husband cuti lama2 tapi apa daya..nak mencari rezeki..bersabar je la..insyALLAH ada rezeki bakal menyusul di kemudian hari n after that check in hotel mana pulakss..sila tengok kalendar dulu sebelum booking ok..kalau tidak jadila macam malam raya kali ni..orang lain bermalam kat rumah..tapi kami suami isteri bermalam di HOTEL ..sangat kelassss..ni semua gara2 excited nak tido hotel..last2 merasa pagi raya di perantauan..nasib baik dekat je pulau pinang dengan sg petani..sekian citer raya ciknad yang simple...

Wednesday, November 2, 2011

PENYAKIT BERJANGKIT



situasi di tempat keja ciknad sekarang adalah di dalam  ZON BAHAYA  .. mana xnya..lepas sorang, sorang berjangkit sampai orang yang baru habis pantang pun kena penyakit ni..almaklumla...tempat keja ciknad kecik..so..benda macam ni mmg jadi meriah habislah..+ pulak mmg jenis kepoh habis...hahaha..nak tau apa penyakit berjangkit tu..jeng jeng jeng

 kannnn...ciknad tumpang gembira gak..leh jadi aunty..n makin banyak la keja ciknad nnti kalau dorang cuti..hmm..kena cari pengganti n urusan pengganti tu lagi.aiyak...giliran ciknad bila la plak kan..hmm..semua tu  rezeki masing-masing...insyALLAH akan tiba masa kita juga...

LANGKAWI PART 3

bersambung kembali di hari yang ke2 iaitu hari terakhir..sekejap je masa berlalu..awal2 pagi lagi kitaorg da check out sebab Island Hoping start pukul 9.00pagi (janji melayu..start kul 9.30) alhamdullillah ciknad dapat 1bot ngan 1family n satu pasangan da kawin rasanya laaa..kebetulan time tu ada rombongan student jugak..nasib baik x 1bot dengan dorang..sebab rasa rimas la plak tgok kegedikan dorang..tambah2 ciknad bersama laki weiii..xmo la bagi laki mata terjojol dengan keseksian mereka..xpadan dengan badan g***k..pakai pakaian menonjol..cukuplah ciknad sorang kan..island hoping ni kitaorg tempah dulu sehari sebelum join..kalau nak join pakej ni..recommendation pegi la ke tempat yg kita nak naik bot tu terus sebab leh dapat harga RM25..kalau kat agen ni tau2 la sendiri kan..

mula2 cuak..lama2 syiokkk

our first destination..pulau dayang bunting

gerunnn..monyet banyak ok.jangan la bawa sebarang plastik pun..pasti akan dirembat

berjaya juga sampai walaupun kaki da lenguh2

suami on behalf bini ambik berkat..jangan suami plak bunting sudah..how???

syuhhh..kawasan larangan

second destination...pulau beras basah..rasa la jugak pasir dia..ingatkan basah..sebab tu beras basah..tapi tidakkk...hahaha

sempat beromantik di pulau beras basah :P

aktiviti sampingan yang syiok habisss

 third destination...the end island hoping

habis island hoping kitaorg lunch sama2 ngan sepupu makan ikan bakar kat padang maksirat...sangat sedap ok..harga berpatutan..depan food court je..lepas solat n bersihkan diri..tibalah shopping timeeee...masa ni laki pun boleh lupa bini ok bila nampak cokelat..kitaorg ni mmg ada kesamaan sikit kalau bab makan..hahaha..pantang nampak...ye...mmg seorang pemboros bab makan..hasil tangkapan untuk diri sendiri + orang tempah 

husband punya sorang ok..xda tempahan

ciknad punya tapi + tempahan

tolak tempahan..tinggal yang ini ajooo..

sebelum balik singgah dulu..ada masa setengah jam lagi untuk balikkk

model bam bam...auwww...kelas gituuu

THE END

Tuesday, November 1, 2011

LANGKAWI PART 2

ini adalah kesinambungan daripada part 1..masih di hari yang pertama ye uols..lepas balik dari over da sea tu ciknad n husband check in di Century Suria Apartment yang telah diapply oleh encik husband.. ai tell uols..mmg berpuas hati ok..3bilik kot..tapi dapat harga RM30 sebab harga staff ..syukur rezeki lagi..kalau nak ikutkan harga sebenar mengikut pakcik/abg yang berada bersama-sama kitaorg kat kaunter harga semalaman adalah RM320..what!!!mahal gilos..kalau duit sendiri jangan harep sebab awal2 pagi keesokan hari da check out..
bilik utama

ruang tamu..tetiba keheranan nape ciknad buh gmbar bilik dulu.opsss...jangan pk apa2

dapur yang lengkap dengan semuanya termasuk mesin basuh tapi 1 pun xguna

bilik ke 2 & 3 sama je design..yang penting ada aircond uuuuu

selepas melepaskan segala kepenatan + mengantuk akibat bangun awal nak g airport kitaorg ke Pantai Chenang .. masa tu da nak dekat pukul 6 baru habis hujan..so leh la tengok sunset yang da nak balik sambil berjalan tepi pantai berpengangan tangan..so sweeetttt kan..
cantik kannnn..kalau ada camera canggih la cantik..xpela..memadai hp yang canggih :P

model part time pantai chenang :)

dan tetiba terjumpa mamat ni..kawan sepejabat masa keja di Putrajaya..chemical contractor..kamcing maaa..boleh pulak dia terpejam mata masa ambik gmbar...tau la kamera xsecanggih kamera dia..ishhh..

mat not dan encik husband

ambil gambar sudahla..xpayah naik..takut kenangan lalu berlaku kembali..gerunnn..

lepas dari Pantai Chenang kitaorg kolek sepupu ipar n housemate ke BAMBOO SEAFOOD RESTAURANT..makanan memuaskan..service pun ok..suasana angin sepoi2..nasib baiklah xhujan malam ni..kalau idok habislah sebab pilih tempat yang layan feel je..hehehe..yang tu sorryla no picture sebab perut da kebulur time tu..hehehe

                                           to be continue...