Friday, July 20, 2012

APA YANG PENTING KERJASAMA

Assalamualaikum...
menulis di tengahari 1 ramadhan.. lapo?? tak plak.. rasa biasa je..
mb sebab bulan puasa kan.. kalau hari lain.. berkeroncong la perut ha mendendangkan lagu
yang pelbagai rentak dan irama.. so kepada semua ciknad ucapkan 


insyALLAH tahun ni ciknad akan puasa penuh.. yeaaaaa!!!! 
tapi pepagi 1ramadhan mood macam kureng sikit.. hilang sudah feel tu sikit..
i will try to be the best person tapi kekadang rasa macam xdihargai.. kesian kat orang tapi orang xkesian kat kita.. rasa macam kena tindas!! mb ciknad seorang yang cerewet dalam sesetengah hal tapi itu xbermakna ciknad ni itu ini.. ciknad nak yang terbaik aje untuk semua.. 

mungkin pada sesetengah orang semua tu xpayah la nak kecoh..
 small matter tapi bukan pada ciknad..
penat ok buat itu ini sendiri.. sangat penat.. kekadang rasa macam nak menangis..tapi bila pk itu tanggungjawab ciknad.. ya i will try to do better n better n more better.. dengan IKHLAS ciknad buat semua tu.. bukan nak mengungkit tapi ciknad nak orang bekerjasama, sekurang-kurangnya hilanglah rasa penat tu sikit.. lagipun kudrat sekarang bukan macam berseorangan.. sekarang BERDUA.. yang ibu mengandung taula camner kan keadaan bila mengandung.. sakit tu xyah nak kata la..memacam.. tahan je la kan sendiri..
ciknad bukan xbersyukur dengan apa yang ada..sangat-sangat bersyukur tapi biasala manusia ni kekadang ada kekurangan dan kelebihannya.. terima ajelah dengan redha...

cikadouttttt

Thursday, July 19, 2012

BARU

Assalamualaikum semua!!!
BARU nak kembali menulis kat blog.. bukan xnak update story tapi nan ado masa + tenet yang slow + malas.. banyak story yang nak dishare sama-sama tapi xtahu nak start yg mana 1.. hentam je la xikut kronologi pun sebab sebelum ni pun selalu cakap ayat salah tapiiii BM A1 ok dalam SPM..

BARU memulakan kehidupan berumah tangga sepenuhnya setelah setahun lebih mendirikan masjid.. selama ini duduk berasingan.. sekarang tiap2 hari tengok muka..bukan macam dulu seminggu sekali aje.. Alhamdulillah tempat tinggal selesa..persekitaran pun ok.. jejiran xsombong walaupun cina.. org yang dok 1blok pun ramah je menegur bila naik 1 lift.. i like this environment so much walaupun nan ado melepak-lepak kat luar sebab pegi keja awal balik lambat.. dulu pukul 7.45 baru mandi nak pegi keja.. pukul 5.02 petang dah sampai rumah.. sekarang jangan hareplaaaaa.. 

BARU memulakan kerja di tempat lain.. sangat-sangat suka.. xmenyesal langsung transfer, cuma itu la aktiviti enjoy budak sekolah xda la kat sini.. aktiviti mak-mak budak banyak.. selaras la dengan akak-akak makcik-makcik yang ada kat unit ciknad ini.. segala ketua pun sesangatlah sporting habis tambah-tambah ketua unit.. muda lagi uolsss... umo 20an.. suka je ciknad tengok muka dia cam xsangka dia adalah ketua unit ciknad.. dikelilingi dengan anak buah yang kebanyakan mmg dah berumur.. respect giler.. nmpak cam tegas tapi bila dah start berkomunikasi mmg best.. sangat memahami tambah-tambah masalah wanita.. tak macam MD tu..pentingkan diri sendiri!! still sebut lagi nama dia kannnnn..

apa-apa pun semuanya BARU bermula.. masih banyak lagi yg perlu ditempuhi.. kehidupan rumah tangga pun kekadang ada pasang surutnya.. harap semuanya akan berjalan dengan lancar.. aminnn

Monday, July 9, 2012

COPATLAH

dah hari isnin.. esok selasa..tulat rabu..
how ni... rumah pun xdapat lagi.. penempatan pun xconfirm lagi.. how?? how??how??
esok wajib kol kl tanya kat mana.. risau gak tetiba kalau dorang kata xconfirm lagi..
mula la nak mengamuk kannn.. tapi kalau mengamuk takut plak dicampak ke tempat yang xelok..
meranalah diri ini.. ngeeeeeeee...

copatlah dikau-dikau disana membuat kerja.. ohh pengganti sudah masuk.. rasa macam xperlu ada lagi ditempat sekarang.. teringin nak bercuti tapi kalau tinggal macam tu saja bertanggungjawab x agaknya yerk..
baju kerja pun sebenarnya cukup untuk 3hari je.. nasib baik tetiba tersesat dalam almari tu ada lagi sepasang blouse.. so baju cukup2 keja sampai hari rabu.. harap xda yang menghalang.. nak cuti hari khamis ni..
nak manja2 dengan omak den pulak.. kome ape tahu kaaannnnnnn

semoga semuanya berjalan dengan lancar.. amin...

Saturday, July 7, 2012

TAK SETTLE LAGI!!

hidup semakin stress.. dapat transfer pun stress xdapat transfer pun stress.. 
rasa macam nak menjerit aje.. arrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
nak meluahkan stress air mata je meleleh.. sekarang pantang org cakap xkena je mula la nak bergenang air mata.. last2 diam ajo la.. hormon sila jangan buat begitu.. ke mmg dah 3rd trimester mengandung akan lagi sensitif... ohhh nooooooooooo.. 

YA ALLAH permudahkanlah segala urusan kami ini walaupun sesungguhnya inilah dugaan yang patut kami hadapi apabila berdekatan.. rumah sewa xdapat lagi.. penempatan pun xtahu lagi.. semua berpunca dari diri sendiri.. dah xlama dah.. hanya tinggal berapa hari je lagi nak g bermastautin kat sana.. tambah lagi dah nak dekat bulan puasa.. lagi stress bila memikirkan.. semuanya berpunca dari ciknad.. ye dari ciknad..

bila nak settle semuanya ni... uwaaaaaaaaaaaaa


Thursday, July 5, 2012

EMOSI DAN BEREMOSI

Assalamualaikum dan selamat hari jumaat uols!!
hari yang membosankan sebab xtahu nak buat apa-apa..
and as usual hari jumaat selalunya dilengkapi dengan aktiviti tido...
baguskannnnnn..

emosi lately ni agak xstabil.. kalau pegi check up kat klinik gomen sure dah kena ni..
errrr... sepatutnya ada check up kat klinik gomen selang 2minggu tapi sejak dah dpt transfer ni ciknad stop check up kat situ dengan alasan nak pindah tapi xberganjak pun lagi haaaaa.... tetap ado disini..
stop awal semata-mata nak lari dari kena minum air gula macam kenalan ciknad.. "dorang" kata sekarang ni wajib minum air gula kalau kandungan masuk 7bulan.. no no no ciknad tidak sama sekali nak minum air gula yang tersangat manis itu..

sekarang baru ciknad faham tentang perkara "wanita mengandung ni memang selalu beremosi" .. hasilnya adalah seperti ciknad sekarang... selalu sangat emo sana sini.. bebel tu memang selalu dah.. sentap pun selalu.. hahahaha.. sekarang tengah beremosi stress mencari rumah sewa.. rumah sewa marilah dikau..
dah dpat transfer pun stress ok.. banyak benda nak kena manage.. nasib baby belum keluar lagi.. kalau x, kesian ler kat baby.. baby dok diam-diam dalam perut ibu yerk.. biar ibu je bawa baby ke sana sini walaupun lenguh pinggang.. mak-mak sangat kannnn.. haruslah dah nak ada anak cam gini la rupenya.. 

to encik suami sorry ler menyusahkan anda untuk mencari rumah sewa... tapi nak buat camner ciknad memang xsuka nak menumpang orang kecuali ler untuk 2 3 hari.. kalau seminggu tersangat-sangatlah tidak selesa.. dan ciknad memang mengimpikan nad rumah untuk keluarga ciknad aje walaupun rumah itu rumah sewa ajo... semuanya adalah bebas.. bestkan camtu.. ohh tetiba tmengalir air mata bila dengar encik suami gtau dia kena kursus di pd 2hari pada hari pertama ciknad start keja kat kl.. agak sedih bila encik suami citer yang ada mulut mengatakan dia takut bini la.. tetiba ciknad merasakan ciknad ni queen control.. lagi deras air mata mengalir.. salah satu emosi ketika mengandung.. xmengandung pun cepat je mengalir.. mengandung mmg lagi ler.. nasib dok dalam bilik sesorang.. kesian encik suami jadi stress sebab isteri.. kepada yang xfaham tu " hey!! sila jangan perlekehkan suami saya.. suami saya adalah insan yang terbaik dalam hidup saya selepas ibu bapa" 

Wednesday, June 27, 2012

KAWAN KERJA

kalau nak pindah ke tempat yang baru sure akan emo je.. terkenang dengan orang-orang yang rapat dengan kita.. orang yang xrapat memang xmau ingat langsung da... macam keja swasta dulu pun camtu juga.. 3tahun bersama pastu berpisah sebab dapat keja gomen memang sedih.. berambu je air mata.. dan sekarang macam tu ler juga terpaksa meninggalkan kengkawan walaupun baru setahun lebih dengan dorang..

ciknad rasa memang dah ditakdirkan la kalau geng kerja mesti 4sekawan.. dulu ada kak mas, snay, kak emi dan ciknad.. sekarang ada ciknad, angah, kak lia dan kak yan.. coming soon donno le... harap dapat kengkawan yang 1 kepala.. amin... takut pun ada sebab kita pegi ke tempat baru.. memang akan ambik masa la nak menyesuaikan diri.. semoga berjaya ciknad... go go yeaaaahhhhhhhhhhhhh

bersempena dengan pertukaran ciknad ke kolompo ciknad mmg niat da nak belanja kengkawan makan.. yela selalunya dorang ni la yang dok angkut ciknad ke sana sini dan juga pemberi info dan pembantu dalam hal-hal kerja ni.. so apa lagi jom kita makan mee udang banjirrrrrrr... layannnn


bagi ciknad yang ni adalah terbaik dari kat pulau pinang.. kuah pekat dan mabeles.. selalu dok makan rasa macam kuah sos.. harga berpatutan.. udang laut harga dalam rm10-rm15 & udang bela rm8.50 .. ni order untuk 3 orang makan tapi jumlah pemakan adalah 7org termasuk baby 2org dalam perut ibu.. hehehe .. 


 ciknad & kak yan (tunang jpj) hehehe


ciknad & geng ibu mengandung kak lia :)


umai (ahli farmasi) , kak lia, ciknad & kak yan..
walaupun umai bukanlah dari sama bidang dengan kitaorang tapi dia adalah cik nurse bagi kami semua.


ciknad & angah (orang nogori) semoga angah dapat cepat2 transfer.. amin


Tuesday, June 26, 2012

PENATNYERRRRRR

penatnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
dah nak transfer lagi penat.. somebody help me please!! 
penat dengan menyettlekan segala kerja... semakin singkat masa semakin banyak kerja.. takut xsempat nak settlekan semuanya... dah ler keja pun sesorang... arghhhh tensen.. masa ni la mamat tu nak buat perangai pun.. lempang nak x?? tensen tensen tensen + stress stress stress

penat dengan nak mengemas kuarters lagi.. alahai baru duduk setahun lebih asal banyak sangat barang ni.. hari ahad baru pos sikit kat encik suami bawa balik rumah.. ni banyak lagi ha tunggu my daddy lak angkut dengan segala peti ais, mesin basuh, tv, tilam etc.. penat sesangat rasa nak tercabut pinggang... kekadang sampai terlupa pregnant leh angkat benda berat-berat... korang ado?? mata lak xleh nak tengok sepah-sepah camtu.. sakit je mata.. terpaksala buat juga walaupun penat..

penat sesangat sampai rasa nak menangis.. semuanya buat sesorang.. keja kat pejabat pun sorang, keja kat rumah pun sorang... xda orang nak tolong ke.. sob sob sob.. lepas ni pindah rumah baru xmau kemas.. encik suami yang kemas.. tapiiiiiii tak harap pun.. kucar kacir nanti home sweet home ciknad.. dah nak rehat..

cikadoutttttttttttttttttttttttt

Tuesday, June 19, 2012

PROTECTOR BUT NOT MOTIVATOR

cak!!!!
seawal pagi 4.41 dah main cak-cak.. ni semua gara-gara tido awal pastu terjaga & selama sejam xleh gak nak tido.. sampai england menang main bola la berjaga.. tetap xboleh tido.. last-last mengarang jo laaaa...
ciknad tengah stress ni bila memikirkan pasal transfer sebab ciknad xtahu penempatan ciknad.. bila kol nak menanyakan ada yang jawab kerek ada yang beramas mesra... menyampah makkkk.. ciknad hanya nak tahu dimana ciknad diletakkan supaya senang la ciknad nak mencari kediaman baru.. nanti baru la ada tittle "home sweet home" tak gituuuuuu..

bila kol pas kat sana sini pastu kembali ke orang pertama menjawab.. kau tak hangin ke cenggitu.. last-last ciknad fedup suh encik husband kol bila mesej encik husband pepagi tanya betul ke tindakan dengan tolak offer org itu sebab takut akan menyusahkan diri balik..encik suami plak dok push sana sini.. ohhhh stressss...
encik suami memang bukan seorang pakar motivasi yang akan menenangkan orang disekelilingnya ye tuan puan.. lagi dia kondem ado la.. mana xstress.. kalau kita ada masalah pun paling best ayatnya adalah nak buat camner lagi..benda dah jadi.. poning den... tapiiiiiii encik suami saya adalah pelindung segala-galanya... 
sebab dia akan menyelesaikan segala masalah isteri dia.. isteri dia xsuka benda rumit-rumit n menyusahkan orang lain.. hanya encik suami yang berhati beku saja boleh melakukannnya.. hua hua hua

cikadoutttttt

Sunday, June 17, 2012

YEAAAAAAAAA

yeaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
memula entry dah syiok kan.. sure gud news...
ya betul.. akhirnya dapat juga transfer... no more travel dah pasni..
alhamdulillah... tu pun rezeki anak.. ibu dia pun leh la tumpang rezeki baby untuk gedik-gedik manja dengan daddy.. auuuwwwwwwwww...hehehehe.. sekarang gigih menyettelkan segala keja sebelum transfer...
malas pun ada.. kalau ikut perangai setan memang dah lama tinggal aje lintang pukang..
tapiiiii bila difikirkan habisla lepas ni orang dok asyik mengata je kalau tinggal macam tu terus baik hati..
ciknad dah pernah merasa segala kesusahan apabila orang tinggal lintang pukang.. merana hidup ok..
so, dengan secara automatik wishlist untuk 2012 dah kurang 1.. tinggal 2 aje lagi.. ok ler tu dah pertengahan tahun kan.. ada gak kurang dari langsung xda..

to my lovely baby, lepas ni xmo sombong-sombong ngan daddy ye.. be nice with ur daddy.. tapi sombong masa dalam kandungan ibu pun xpe lagi..leh la ibu gedik-gedik sebab dah dok dekat ngan daddy.. hehehe..
baby selalu aje senyap bila daddy tegur erk.. terkedu ke malu sayang.. tapi pandai nak main dengan ibu dia..macam disko da ha perut ibu.. lawak-lawak.. ibu cubit montot baru tau (padahal main teka je montot baby kat atas.. hahahaha..


Thursday, June 14, 2012

I'M GETTING NERVOUS

Assalamualaikum.. hai semua!!
ciknad nervous sekarang...help me!!!
esok nak tau keputusan dapat transfer ke idok.. hopefully dapat transfer..
ciknad nak dok ngan encik suami plak.. nak juga merasa bermanja-manjaan apabila berdekatan ni.. nak juga merasa hidup sepenuhnya sebagai seorang isteri setiap masa.. takmo dah ler tetiap hari nak kena berdating kat telefon aje.. nak juga dating sambil tengok2 muka tu... tak macam tu.. tambah2 nak ada baby.. biarle baby merasa kasih sayang daddy dia sepenuhnya.. ni tak.. kesian baby, daddy dia balik seminggu sekali. bila daddy tegur senyap aje.. hahaha.. tapi daddy dah merasuah baby sejak dari dalam kandungan dengan nak beli kat baby ipad... ibu kata no.. nanti baby ikut perangai daddy asyik2 game aje.. biar ibu je la main tab. daddy main game kat pc n baby baca buku yerk.. 

99 hari lagi tinggal kalau ikut kat sticker pregnancy tu.. ayoyoyo...cepatnye masa berlalu.. rasa macam xprepare lagi dari segi fizikal dan mental.. camner ni.. harap2 semuanya berjalan dengan lancar.. barang baby pun xsampai 50% lagi.. nnti ibu ngan daddy g beli ye.. by next month insyALLAH semuanya akan lengkap.. banyak gak ler pulus keluar tapi demi baby xpela.. ikhlas untuk kebaikan baby..

camner nak hilang nervous??? nervous ni kekadang membuatkan penyakit malas tu datang.. how?? how?? how?? help me please!!!!! insyALLAH semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan.. 
semua tolong doakan yerk.. mengharap sangat ni..biarlah esok tangisan kegembiraan dan bukannya tangisan kekecewaan.. aminnnnnn

Wednesday, May 30, 2012

WORDLESS


assalamualaikum..
kondisi penat yang amat dan memerlukan percutian...
jom g cameron... asyik2 nak cameron aje..

cikadouutttttttttttttttttttttttttt

Wednesday, May 9, 2012

1ST ANNIVESSARY

dah 9/5/2012 baru nak mengupdate kisah annivessary..
nampak sangat malas kan... ehhh mana ada malas la kalau x, ciknad xkan update kisah sebelum ni kan..
bak kata orang yang baik selalu diingati yang xbaik kita buang jauh-jauh.. tu yang update pasal xbaik dulu..
dah lari topik dah ni.. jom-jom kita ke sesi jiwang-jiwang romantika....



setahun sudah berlalu ciknad menjadi isteri kepada encik herman .. rasa cam baru aje.. ayat nak g honeymoon lagi je kat cameron.. ekekeke... nnti kita g lagi ye abg bawa anak sekali makan stroberi.. FYI masa akad nikah ciknad xmelalui pun macam sesetengah orang yang mengeluarkan air mata.. sebabnya adalah tok imam ciknad tu giler-giler remaja.. tgok gambar kedua tu.. pengantin pun kena buli ok depan orang ramai.. malu ceqqqqq..





bila tengok gambar pengantin kat atas rasa cam nak pegi kedai mekapkan diri n then dinner romantika with husband.. perasan diri tetiba cute.. bukan selalu ok ciknad bermekap bagai ni.. kekadang pakai bedak baby tu aje.. kalau ikut kiraan ciknad 3kali je ciknad mekap.. masa tunang, masa kenduri kawin n then masa g dinner opis encik suami. 

alhamdulillah..syukur padaNYA walaupun dah perkahwinan dah berusia setahun tapi macam-macam dah dilalui... terima kasih encik suami sebab bersabar dengan karenah isteri yang sorang ni.. haipp jangan tambah 2 3 or 4 tau.. insyALLAH hanya ciknad sorang.. amin.. biasalah hidup dalam rumah tangga ni macam-macam ada dan secara jujurnya ciknad merasakan encik suami telah banyak berkorban untuk ciknad.. dengan perangai kebudak-budakan ciknad lagi..queen control lagi.. sorry encik suami.. dan setahun jugalah encik suami berulang-alik dari kl ke sg petani.. kesian melihat encik suami yang berkorban camtu tapi tak sanggup ler nak nangis depan dia sebab karang dia lak yang down.. so i must be cool.. yeaaaahhhhh.. ciknad paling xsuka feeling  hari ahad malam sebab bila encik suami nak balik sure dia akan kiss ciknad masa tu mesti akan rasa sedih.. sayuuuuu 

stop stop bab sedih..tetttttt.. annivessary 29/4 tu kitaorang together-gether kat kl.. kali tu biar ciknad plak berkorban turun kl.. tapi nan ado ler sesorang nak pegi sana.. pegi bertemankan mak.. ikutkan hati memang malas dah nak jalan jauh-jauh ni sebab sekarang asyik lenguh2 belakang + kaki dah start membengkak jadi cam gajah walaupun tak ketara tapi ku gagahi juaaaaaa.. (padahal motip utama adalah nak g shopping + festival buku ) ciknad tahu encik suami ni memang jenis yang penuh ngan suprise hidupnya tapi kesian hari yang nak disuprisekannya semua tak menjadi.. it's ok darling.. tq so much.. akhirnya hari annivessary hanyalah diisi denga aktiviti shopping di jalan tar.. ke care4 n lastly restoran SABA.. SABA pun sabarlah ye encik suami.. lain kali kita g tempat yang encik suami nak suprisekan tu.. harap-harap masa tu tak tutup la yerk..kui kui kui..

i got this item bersempena dengan annivessary yang pertama.. 
 hasil tangkapan bila ke festival buku itu.. mula-mula cam nak kawal perbelanjaan tapi bila encik suami kata ambik je la banyak mana nak ambik.. so yg ni la yg dicapai tu pun nasib masih waras leh control.. kalau x, habis semua nak diangkut.. majalah dah habis dibaca. novel plak dah selamat dikhatamkan 2buah..

yeaaaa.. suka suka.. kesian encik suami xbeli galaxy note idaman kalbu semta-mata nak bagi kat ciknad yang ni.. xpela kita kongsi yerk.. bak kata encik suami hadiah annivessary adalah hadiah bersama.. buku nak bersama x.. kompem xlayan kan.. hehehehe.. masih belum berada di tangan ciknad lagi.. hai la care4 bila la nak bagi ni... xsabo sudaaaaa

apa-apa pun syukur dapat suami macam encik herman tu walaupun encik herman tu kekadang garang ooooo... membebel idok ler.. lebih suka berkias-kias n suruh pk sendiri.. hehehe.. sangat sombong dan tak pandai nak romantik-romantik, tapiiii bila sekali romantik i like ok.. full of suprises.. lastly
 I LOVE U SO MUCH DARLING.. 4EVER & EVER..MUAHHHHH

Sunday, May 6, 2012

SELFISH WITH FEELINGS

kejamkan kalau orang tu bersikap camtu.. mencik!!!!
tapi kekadang tanpa kita sedari ada juga kita buat camtu.. sebenarnya boleh aje tapi perkara penting yang perlu  dibuat sebelum menjadi kejam dengan perasaan sendiri adalah fikir dengan sebaik-baiknya tentang diri kita, keluarga kita dan juga keadaan sekeliling..

ciknad pun kekadang mengaku berlaku kejam dengan mementingkan sendiri.. tapiii bila difikirkan balik it's not the right action n must be cool down..  yesss kekadang ciknad adalah "queen control" bak kata encik suami... biasalah perempuan ni akalnya 1.. walaupun ciknad mula-mula memang kejam dengan memberontak tapi bila diberi untuk sendiri ciknad akan pk balik itu ini.. n then perbetulkan keadaan dengan say sorry or bla bla bla...

yess.. kekadang hidup itu perlukan pengorbanan.. tambah-tambah bila hidup berumah tangga.. sekarang baru ler ciknad tahu.. kalau dulu asyik dengar citer itu ini.. bila dah kawin ni semua kena jaga perasaan walaupun kekadang tu orang tak fikir pun perasaan dan keadaan kita .. sob sob sob (!_!) berkorban je la demi kebahagiaan orang lain dan malas nak bergaduh-gaduh... ciknad mengharapkan mereka semua menghargainya.. tapiiii ciknad ada kejamnye juga.. korang ingat korang leh kejam.. maaf encik suami... ciknad rasa hidup ni perlu adil..so ciknad perlukan ganjarannya juga.. nampak sangat ketidak ikhlasan disitu kannnn...
mengucap nurnadiah... sekarang tekad malas nak mengungkit hal ni n senyapkan diri ajela dri pihak sana buat sementara waktu sebab hal ini memang sangat-sangat sensitif bagi ciknad walaupun rasanya cam remeh temeh je.. adakah pembawakan budak sampai rasa cam nak nangis je bila pk hal ni.. cool down nadiah.. semalam dah pekena aiskrim kan.. yeaaahhh i'm cool person..

cikadouutttttttttttttttttttttttttttttttttt

Wednesday, April 25, 2012

CINTA

cinta...
ehhh macam nak taip puisi la plak tapi tak pandai... so mengarang blog aje udah ler kannn...
cinta ni macam-macam keadaan ada.. terpulang kepada individu tu.. mcam ciknad sendiri 2kali bercinta kali 3 baru bertemu dengan encik suami.. lainlah encik suami yang ada stok sedozen itu sebelum ciknad.. glemerkah dia pada suatu ketika dahulu??? errrrr... no komen tettttt.. tapi serius ciknad memang suka nyembang2 ngan encik suami pasal kisah-kisah cintanya dahulu.. syiok je dengar sebab leh pekena balik.. jeles?? sama sekali tidak.. seronok adala sebab boleh menyakat.. hahaha.. nak jeles pun buat apa dah jadi suami punnn...

dalam percintaan ni payah nak jumpa orang yang 100% sama dengan kita punya perangai.. contohnya ciknad ni perangai macam budak-budak ( bak kata encik suami) & encik suami plak garang macam singa ok wlaupun uols nmpak dia macam cool aje.. tapi dia matang dalam segalanya.. kalau ada apa-apa memang dia la tempat bergantung ciknad... kalau suruh ciknad handle entah ape-ape jadinya walaupun mulut je kata takpela nak berdikari... leh caye ker?? last-last meroyan keseorangan.. ahakkkssss.. 

tapi ciknad rasa cara ciknad bercinta dulu macam orang-orang kuno je.. tak macam uols zaman sekarang.. ehh ciknad jaga batasan ok.. enjoy-enjoy gak tapi lepas kawin kita enjoy ler puas-puas.. tak gitu.. masa zaman cinta dulu tempat ciknad paling takut nak pegi adalah taman.. serius bukan apa macam-macam dalam fikiran.. takut kawin free je ke.. xmo lerrr dapat malu lagi ada ler.. sebab tu kalau dating asyik makan, tengok wayang, shopping.. pastu payah la nak post kat wall facebook pasangan kata " i love u" maluuu la... bukan isteri dah cakap camtu.. lain la dah kawin kan... letak gambar bersama kat facebook pun tidakk.. lepas tunang baru letak ok.. kuno tak.. hahahaha...

zaman sekarang ni siap gambar berpeluk-peluk ha ditayangkan kat fb.. puisi madah cinta tu tak payah nak kata la..penuh aje.. kalau bergaduh pun penuh kat situ juga... ehhh tak malu kah yang buat camtu.. semua orang boleh tengok.. nak marah pun takleh sebab tu tindakan kita.. tak gitu.. banyak sungguh perbezaan cinta.. zaman akan datang tak tau ler camner.. harap-harap anak-anak ciknad takde la camtu.. nak kapel no problem.. i will be sporting ibu tapi jaga batasan ye anak-anak :)

cikadoutttttt

Monday, April 23, 2012

KISAH MENGIDAM

baru ciknad tahu camner orang mengandung mengidam itu ini.. sebelum ni mendengar je la kisah-kisah mereka dan membantu selagi boleh..  bila kita mengidam sesuatu tu kita mmg terasa nak sangat cari benda tu n kalau tak dapat rasa macam kecewa walaupun mulut kata tak pe la nanti kita usaha cari lagi tapiii dalam hati lain..

sebenarnya ciknad tak terasa pun nak makan buah yang ciknad ngidam tu bila nampak di depan mata.. bila dah balik kedah tetiba teringat plak.. since hari khamis sebenarnya ciknad dah cari senyap-senyap.. pastu hari sabtu dah encik husband pun ada bersama lagi la giat usaha mencari tetapi misi gagal.. sampai keesokan harinya cari kat pasar tani pun tak jumpa juga.. alahaaaiii nasib..

dan rezeki ciknad juga, dengan rasa terharunya + sedih encik suami sanggup drive senyap-senyap pegi cari buah tu kat r&r bukit gantang masa ciknad ngah keja.. alahaiiii so sweet.. thanks a lot encik suami.. love u so much dan maaf kalau menyusahkan sampai camtu sekali.. nak kata drift bape kilo sejam tu usah ditanya.. mmg kompem drift sakan encik suami ni mentang-mentang encik putih baru lepas servis.. ciknad mmg takdapat tangkap plak kata-kata encik suami masa dia nak kuar g mencari buah itu.. bila lunch kol la mak crite pasal tu terus mak gtau.. naluri ibu kan.. sekali mmg betul.. kantoii encik suami walaupun paksa-paksa tanya kat mana beli tak nak gtau.. tapiii kan, petang tu kitaorang g ler pasar malam nak beli dinner.. sekaliii terpandang 1 kedai tu jual buah tu... ohh noooo.... sorry encik suami.. lagi murah lak tu kalau nak berbanding dengan perjalanan encik suami ke sana.. dah ler 1 kedai lak tu ada jual.. mmg betulla kata org kekadang benda tu senang je nak cari tapi bila kita nak takde rezeki..

apa-apa pun syukur dapat encik suami sebagai suami.. sangat-sangat menghargai apa yang dilakukan.. terima kasih banyak-banyak.. inilah buah yang ciknad nak itu...


cikadouuuttttttt

Sunday, April 22, 2012

ALHAMDULILLAH.. SYUKUR

Assalamualaikum..
cakkk... mulakan hari anda dengan senyuman ye walaupun pagi tadi dah kena injek dek doktor.. habis lenguh tangan belah kiri ni tapi doc cakap kena gerak-gerakkan sikit tangan karang lagi lenguh.. so, update blog salah satu senaman tangan kan..

Alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH SWT berkat kesabaran dan rezeki anak, akhirnya ciknad dah jumpa orang yang nak tukar suka sama suka ngan ciknad.. suka ke?? haruslaaaa.. dah lama menunggu saat-saat ini dan tak sangka ada juga orang nak bertukar dengan ciknad.. siap offer suh apply dok kuarters.. baikkan orang itu... sangat-sangat bersyukur.. reaksi my bos?? dia tak tahu lagi.. tapi dia nak sangat kan pengganti.. nahhh ambik kau ciknad dah ada pengganti lelaki lagi uolsss.. harap2 semuanya ok la.. seminggu dah kot tak berkomunikasi dengan bos ciknad since ada perang kecil pasal application transfer ni.. sangat tak professional langsung sebab pasal tu terus tak nak komunikasi.. ciknad seperti biasa tetap meneruskan kerjaya dengan jayanya.. kau xnak cakap, ciknad cakap gak tapi maklum balas adalah dingin.. iye pun tak hmm pun tak.. last2 memo kecik je la cara komunikasi.. tak pelah..sabar la ye lagi beberapa bulan lagi n ciknad kena kera keras menyetelkan segala tugas sebelum ke tempat baru.. yeaaaaaaaaaaa

tempat baru adalah putrajaya.. lagi la ciknad suka.. mmg tempat yang nak sangat minta pun.. tetiba kat fikiran ni terfikir bestnya duk rumah sendiri.. hanya ciknad & encik suami.. waaaaa..best2.. beli stok aiskrim + makanan macam2.. gilerrr arrr tak dok sekali lagi pun memacam dah pk.. tapi ini adalah kebenaran kalau ke tesco ke apa2 je la encik suami ciknad suka je dia kaut makanan macam2 sumbat dalam trolii tu.. makan idok pun.. last2 ciknad yang makan.. kuang kuang kuang.. nak masuk rumah baru teringin la nak buat open house.. tapi larat ke..errrr yang tu planning lain..

cikadouuttttttt..

Tuesday, April 10, 2012

MARI BELAJAR MENGIRA

emosi sesangat sentap ok.. yela-yela tau la orang preggy takleh nak sentap-sentap nanti effect kat baby, tapiiiiii kalau dah buat taik kat muka ciknad ni mana la tak sentap.. baru je ciknad feel nak menjadi pekerja yang cemerlang lagi terbilang untuk minggu ni.. spoil terus ok!!

ohhh mana tidaknya bila kita dengan sopan suntunnya cakap elok-elok dan memohon belas ikhsannya untuk mendapat pertimbangan mengenai keadaan kita,  boleh pulek kau mengira erk.. so sepantas halilintar la ciknad membidas balik.. masa tu tak kira dah, kau di kutub utara ciknad di kutub selatan.. ada aku kisah.. walaupun hakikat yang sebenarnya mmg nak kuar dah air mata kat situ dan pada masa tu juga.. memang dasar tak berperikemanusiaan.. mulai hari ni mmg ciknad akan start belajar mengira.. kau nak sangat kan ciknad berubah sikap.. kau tungguuuu ( kalau encik suami baca sure dia akan kata : dah lama abg pesan jangan berlembut sangat tapi tu ler orang dah pijak kepala baru la terasa..tu pun entah2 sekejap aje !_!)

dengan ini ciknad mengisytiharkan ciknad akan mengambil cuti pada hari khamis atas alasan cuti rehat.. ada kisah.. hak sendiri ..lagipun banyak lagi cuti ni.. bulan 9 dapat lagi 90hari.. hujung bulan ni nak juga lagi cuti.. biarlah tak cemerlang pun takpe..asalkan keja tiptop.. konsep permohonan adalah dengan meletakkan borang cuti sebelum balik kerja apabila semua orang sudah pulang.. kira mohon jugak kannnnnn

cikadouttttttttttttttt

Monday, April 9, 2012

COBAAN

Assalamualaikum!!
bersiaran kembali dengan menulis cerita hot lagi sensasi selama seminggu dok peram.. xsempat la uols nak menaip bagai ni, tapi status di facebook haruslah sentisa sempat kan :p 
ayoh baca list cobaan ciknad ni..layannnnn

COBAAN PERTAMA
pergi berkursus dengan semangatnya.. tak caye?? silalah percaya bahawasanya ciknad pegi dengan semangat yang tinggi lagi kental sebab orang lain pegi hari isnin ciknad pegi hari ahad... kannn terserlah kerajinan di situ :p padahal tak mau angkat beg sesorang + melayan mabuk ombak laut itu. kesusahan haruslah dikongsi bersama dengan yang tersayang.. kata sayang kannnn.. haruslah membuktikannya... kegembiraan itu hanyalah sementara sahaja sehingglah ciknad bertemu dengan partner bilik kat hotel ciknad berkursus itu... partner ciknad adalahhhhh "EX-KERANI" yang telah membuat taik dengan meninggalkan segala kerja yang sepatutnya dia buat.. huhuhu !_! sangat terkezut ok apabila membuka pintu bilik ternampak muka budak ituuu.. tak terkata-kata hanya mendiamkan diri dan bercakap dengan sorang lagi partner... nasib 1 bilik tu 3orang.. kalau tidak meroyan la ciknad.. ciknad syak dia mmg muka tebal giler ok sebab dia dah tahu yang dia buat taik ngan ciknad pastu leh lak buh nama 1bilik ngan ciknad... ciknad orang pertama buh nama dalam bilik tu... bukan dia takleh isi kat bilik lain.. boleh pilih uols.. kalau ikut hati nak je tukar bilik tu sekarang tapi nampak sangatla kan... so kupendam segalanya biarlah dia je merasa segala kesalahannya tapi ciknad tengok slumber je budak itu.. mmg dasar muka tembok la.. dah la yang paling geram pegi bercerita kat orang yang dia dpt transfer tak apply apa-apa pun..kol hanya tanya sekolah mana ada kosong terus dapat surat.. habis yang kau g telefon tu tak mohon ke namanya.. nak je ciknad lemparkan borang transfer budak tu  yang ada kat tempat keja ni.. tu tak cukup bukti lagi ke menyatakan yang dia memohon... emang dasar!! bak kata indon..

COBAAN KEDUA
sangat keciwa apabila mee sedap ciknad di rembat orang.. bukan setakat mee sedap tapi hot dog.. sos cili ciknad pun habis di rembat.. ciknad bukan jenis yang kedekut tapi bila orang buat taik ni mulalah ciknad nak kecoh... seminggu je kot xda kat kuarters.. bila orang dah suh buat mcam rumah sendiri jangan la naik lemak plak.. makanan dorang, dorang belasah sendiri tanpa menjemput.. makanan ciknad pun dorang belasah jugekkk.. apakah ini??? baru je feeling nak makan mee sedap bila balik keja nanti tetapi keciwa bila dirembat orang.. tu tak payah cakap lah part kebersihan. mmg outttt.. walaupun ciknad ni semakin malas perangainya tetapi kebersihan tu haruslah tanggungjawab bersama. ni dah la belasah makanan orang.. sampah pun xpernah buang.. ingat kuli ke ape ni... nasib minggu ni dorang last da.. last pun dah belasah semuala bak kata encik suami...huhuhuhu !_!

COBAAN KETIGA
bos ciknad dengan bangganya mengheboh satu kawasan bahawasanya dia baik hati telah sokong ciknad punya transfer... tapi adakah anda semua tahu bahawa dia tidak ikhlas melepaskan ciknad.. jikalau tidak, takdelah dia letak dngan bersyarat.. jangan harepp la dapat camtu.. pastu yang dia heboh-hebohkan itu adalah permohonan yang tidak berjaya.. yang kali ni masih belum ada tindakan lagi.. kebaikan nak sesangatlah heboh..bab keburukan meh ciknad pulak hebohkan.. rasaaaaiiinnnnnnnnn

cikadouttttttttttttttttt

Tuesday, March 27, 2012

MAKANAN FAVOURITE

bercerita tentang makan favourite ni memang tersangatlah bestkan.. kalau ikut list memang banyak makanan dah tersenarai.. tapi makanan ini jugak yang menjadi favourite utama

 

makanan yang bernama soto ini telah menjadi kesukaan 1 family ok.. tiap kali raya soto menu wajib sampai mak ciknad dah boring nak buat menu yang sama.. tapi apakan daya, raya pertama rumah diserbu hanyalah kerana soto.. ada yang siap tapau bawa balik sekali ok.. mengancam kannnnn.. sekali kalau mak ciknad masak nan ado la sekor ayam macam ciknad masak kat kuarters hari ni.. sekali masak 12 ekor ayam.. kaya tokey ayam tu kalau time raya sorang je dah beli 12 ekor.. tak gituuuu

maafkan lah gambar soto yang tak colourful langsung.. almaklumlah tukang masak tu tak suka sebarang bendasing yang mengganggu deria rasanya sehingga boleh membantutkan penambahan makanan yang berulang kali.. macam hari ni 2x tambah.. nasib baik baby pun tak push ibu dia suh keluarkan balik makanan yang dimakan.. baiknyer anak ibu kan.. hehehehe.. kalau dulu kat putrajaya memang akan beli kat pakcik kona mai pasar malam tu.. tapi sekarang kat kedah sangatlah susah nak mencari orang membuat kuah soto yang sebenar.. kuah sup ada la.. 

tetiba terasa nak makan lagi ni.. ohh nooo kali ke-3 dah.. abaikan aje..cikadouttttt

Monday, March 26, 2012

ACTION BACK

Assalamualaikum...

haiiiiiii!!!!! kembali menulis setelah sebulan rasanya tak berblog disebabkan tak tahu la apa puncanya bila nak buka blog ni naik has been removed... apakah?? bila masa plak ler ciknad nak remove blog... keheranan sebentar.. setelah keboringan yang terlampau di pejabat ketika waktu petang akhirnyaaaaaaa ciknad dapat kembali menulis hasil dari godekan yang ntah hape-hape.. banyak yang nak diceritakan setelah lama tak menulis.. pasal keja yang kekadang sesangatlah stress.. pasal application transfer yang tidak diluluskan (!_!).. pasal kehidupan itu ini.. pasal pregnancy.. pasal macam-macam tapi tak tahu dari mana nak mulakan sebab terlampau banyak sangat benda yang berlaku sebulan ni.. nanti la ciknad update untuk next entry ok.. cikadoutttttttt

Friday, February 10, 2012

WEEKEND YANG SINGLE

terkezut?? tetiba dah back to normal update blog tetiap hari.. sila jangan terpedaya ini hanyalah sementara saja n untuk entry ni pun ambik masa berjam-jam nak karang... bila taip sikit rasa cam lenguh pastu nak baring.. taip sikit nak baring lagi pastu jadi cam blurrr nak tulis apa ni erk sebab terlalu banyak stop.. saja nak share ngan korang weekend ni ciknad single lagi.. ni kali ke2 ciknad single masa weekend sepanjang perkahwinan ciknad.. perasaan?? yang dulu yer sentap tapi kali ni tak sentap pun cuma ada la sikit selit-selit kesedihan itu.. biasalah ibu mengandung kan..mestilah emosi tu uncontrol.. alasan kannn padahal tetiap masa beremosi.. kalau ikutkan mmg nak ler encik suami balik tapi ciknad taknak la kejam sangat sebab encik suami baru je sangat cuti panjang dan ciknad taknak dia membazirkan cuti dia.. baik encik suami menghabiskan cuti masa ciknad bersalin nanti sebab time tu mmg ciknad sangat-sangat memerlukan dia.. tak gitu.. dahla ciknad ni insan yang lemah.. kena ambik darah pun takut giler.. nasib encik suami paham dok sebelah, ciknad leh la peluk-peluk dia.. bukan mengada-ngada tapi ciknad mmg memerlukan kekuatan itu.. sebab tu ciknad tak mau buat check up kat area tempat keja dan pilih hari ahad untuk check up.. biarlah bab ni mmg ciknad taknak berdikari.. ciknad sekarang ni kan kompius gak ni antara mengidam ngan teringin.. dulu masa tak mengandung pun teringin nak makan itu ini.. tu yang kekadang tahankan hati.. ikutkan rasa macam banyak je nak makan tapi tak mau la membazir.. tambah-tambah keadaan sekarang rasa nak makan tapi ciput aje yang dimakan.. kesian makanan tu.. huhuhu.. sekian coretan dari ibu yang single pada weekend ni..zasss

Thursday, February 9, 2012

SATU DAH TERCAPAI

hai semua!! i'm back setelah lama menyepi.. bukan takde story nak diceritakan.. banyak sesangat story yang nak disharekan dengan korang-korang sampai dah ada 2 sambungan entry kena hold.. tapiiiiiii yang sebenarnya ciknad malas... ehhh tak... tak larat la nak menaip... asyik malas aje..nak buat itu ini pun malas apatah lagi nak menaip ni.. nak pk itu ini pun malas.. skrang hati sudah jadi batu.. lantak lah apa nak jadi.. taknak kisah.. semua tu atas sebab alasan yang kukuh so korang-korang takyah la nak sentap-sentap ngan ciknad ok.. meh-meh ciknad explain..



dah tahu kannnn... alhamdulillah... satu wishlist dah tercapai tahun ni..tinggal 3 lagi... so sediakan hadiah besar ok bulan 9 ni untuk anak buah korang ok.. bila dah tahu habis la citerkan.. k bubuiii nak baring-baring

Friday, January 20, 2012

BILA SENANG DAN SUSAH

morning korang!! mentang-mentang dah cuti pepagi buta dah update blog kannn.. kali ni ciknad hold dulu yerk citer pasal cuti-cuti kat sarawak tu.. habislah dah 2entry sambungannya ciknad hold.. nampak sangat bukan penulis blog yang konsisten kan.. takpela sabar itu separuh dari iman.. so tunggu aje la k.. hehehe

ciknad sebenarnya sentap ok dengan beberapa orang individu ni.. ciknad bukan nak mengungkit cuma kekadang rasa macam menyesal bila menolong dorang suatu ketika dahulu.. ish tak baik mengungkit kan.. tapiiii ciknad tolong tu ikhlas cuma bila dorang dah buat taik, ciknad mulalah nak naik hantu.. selama ni bila mengadu kat emak ciknad, ciknad kena balik.. tapi alhamdulillah.. ALLAH MAHA ESA.. emak dah tahu kebenaran dan mak pun malas dah nak layan dorang-dorang tu.. tq encik suami sebab selalu menjadi penenang kepada ciknad bila ciknad mengadu sambil nangis-nangis nasib ciknad suatu masa dulu.. 

kalau korang sentap tak bila individu tu dari keluarga korang sendiri yang buat camtu.. bila susah muka-muka di belah sini jugak yang menolong.. belah sana?? haremmm.. tetttt.. kan dah terkeluar.. bila dorang senang jangankan mesej korang dia tak layan.. korang sekali pun dia tak peduli... habiskan duit dengan enjoy.. pastu balik ke belah sana.. belah korang?? tidakkkk jugakkk... bila dah kembali susah mengadu domba kat belah sini balik.. tak tolong kesian, bila tolong kenangkan waktu senang.. sangat sakit hati!!! bukan nak kesenangan tu untuk dikongsi bersama tetapi penghargaan dan perangai tu haruslah jangan macam jadi macam itu..

bagi sesetengah orang mungkin mulut ciknad ni macam bom atom.. tak semuanya sempurna.. tapi serius kali ni memang ciknad dah tak tahan sangat.. patut luahkan.. kalau ikutkan panjang lagi nak buat karangan tulis apa yang dirasai.. apa-apa pun ciknad sayang kat mak individu tu.. she is the best part of family that i have sebab tu kekadang ciknad tak sampai hati nak buat sesuatu yang diluar jangkaan..takut terasa.. tapi benda ni dah melampaui batas dan patut disedarkan.. dan kepada individu itu beringatlah.. bersusah dahulu.. bila senang harus beringat.. jangan sampai tak ingat dunia sebab tu bila kita susah.. haaaa..sendiri rasala macam mana peritnya.. yang paling ciknad sedih bila mak ciknad bagi duit kat mak individu tu untuk diri sendiri tapiiii duit tu dah diberi kepada anak yang sepatutnya dah boleh menanggung diri sendiri.. what?? apasal bukan si ayah yang memberi.. kenapa si emak yang perlu memberi sedangkan si emak pun menerima.. itulah kasih seorang emak.. susah pun tak apa..tapi si anak?? lu pk la sendiri

Saturday, January 14, 2012

SARAWAK KITAK PART 1

seperti yang telah ciknad janjikan, jom kita sama-sama review pasal percutian ciknad yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk korang plak kan sebab ciknad g sana sini pun kebanyakan panduan dari blog.... kali ni alhamdulillah rezeki dapat jugak sampai ke bumi kenyalang.. tu pun book tiket masa bulan 3 tahun 2010.. gigih nak jugak pegi.. dahla 2hari sebelum nak pegi sana kat news ada plak citer pasal banjir kilat + hujan xberhenti-henti.. lagi cuak la kami semua, takkan lah penungguan hampir setahun berlalu begitu saje kan (*_*)! syukur semuanya berjalan dengan lancar..aminn

PERJALANAN KE KUALA LUMPUR
malam 6hb Januari kitaorang (ciknad, mak, adik laki no3 dan adik bongsu)  berangkat ke kuala lumpur.. naik bas je.. senang sikit..leh ZzZzZ.. kali ni siap bawa kain selimut.. selesa la sikit kan.. kalau bas memang ciknad cadangkan naik "transnasional" ..sebabnya adalah mmg go straight to the point je bas ni.. kalau bas lain melencong sana sini.. servis mmg bagus walaupun kadang kala ada jugak yang hampes tapi semua tu dugaan kannn.. terpaksalah hadapi..


HARI PERTAMA
bermulalah perjalanan kami ke bumi kenyalang.. dari rumah auntie kitaorg jalan kaki n then naik lrt.. jimat la sikit kan..dari nak naik teksi ntah bape dorang charge.. pastu terus ke KL SENTRAL ambik bas.. macam-macam bas yang ada kat sana..leh pilih ikut suka..tapi kalau ciknad pilih yang mana jalan dulu.. harga pun xdala memasing beza.. kalau beza pun rm1 je.. ciknad naik bas yang kaler kuning.. sorry lupa nama.. harap dimaafkan.. harga rm8 sorang dewasa, rm4 sorang kanak-kanak.. kalau skybus yang kaler merah tu harga dia rm9.. yang mana ok?? ciknad rasa sama aje..asalkan selamat sampai.. tak gituuuu

flight ke bumi kenyalang.. masa dok tunggu flight asal nak flight semua dok kata ha tu la flight kita.. last-last yang di depan mata tu haaa flight kami.. dah lama tak naik nampak macam besar je kan..

selamat tiba di kuching international airport.. alhamdulillah... walaupun pilot tu masih dalam tempoh percubaan sampai bergegar flight masa naik selamat jugak kami sampai.. ciknad ingat masa dlm flight ciknad je yang cuak sebab ciknad rasa cara dia naik tu mmg sangat kasar sampai gegar n masa turun pun sama... rupa-rupanya mak ngan auntie pun sama..

ni keta sewa kami.. ambik myvi je..muatlah kami berenam.. 2 kat depan 4 kat belakang.. pakej sekali ngan umah sewa..kereta ni RM100 sehari.. sangat berbaloi-baloi.. minyak pun jimat.. isi RM50 sampai ke last masih ada 3bar lagi.. padahal masa ambik tu minyak mmg kering kontang n kami pun banyak berjalan ke sana sini.. mak kata sedekah aje la kat next rental.. amin.. murah rezeki




ni la keadaan homestay kitaorg.. last minute punya keputusan.. mmg pada awalnya nak tido hotel tapi bila dipikirkan balik sebilik hotel je dah lebih kurang sama dengan sebuah homestay.. so gigih dengan encik suami mencari dekat mudah.com rumah sewa sekali ngan pakej keta sewa.. mula-mula sampai je kat homestay ni satu keta la membebel alahaii baik book hotel je camni.. keadaa diluar homestay dengan ada bas sekolah tuan rumah nyer + mmg kalau tengok tak menarikla.. bila tuan rumah buka pintu rumah, sekali tengok... haaa kauuuu.... berbaloi ok sewa homestay.. semuanya lengkap.. bilik ada 2.. setipa bilik ada 1 katil queen + 1 katil single.. bilik air n toilet pun ada 2 jugak.. dapur pun tip top..semuanya ada.. homestay ni terletak dekat ngan "Petrajaya".. dekat la jugak dengan bandar kuching lebih kurang 10 minit gitu la.. so kepada yang nak menyewa homestay boleh la cari orang ni 






menu malam pertama di bumi kenyalang.. ayam panggang berempah di kubah ria.. kalau dari Petrajaya belah kanan n kalau dari kuching belah kiri.. betul-betul tepi dengan sungai.. pemandangan malam yang sangat cantik.. gambar pemandangan itu tak da sebab hujan + kebuluran yang teramat sampai makan tak hengat dunia..hehehe.. kalau zaman dulu-dulu kat sini femes ayam madu, mak ciknad la kata.. tapi sekarang femes ayam panggang berempah.. mabeles jugak sampai boleh terbawa-bawa dalam tido bak kata auntie ciknad.. ada sekali sotong bakat tapi liat... kalau nak mencuba boleh la tapi jangan dalam kuantiti yang banyak okey..





cuci mata di malam hari ambik mood sarawak kitak dengan berjalan-jalan sepanjang waterfront.. tapi tak best..cuaca sekajap hujan sekejap tak :( malam-malam kat waterfront ni ada jugak persembahan dorang main alat muzik sarawak.. kalau untuk lepak-lepak bolehla layan sebab free of charge.. kalau nak jalan memalam ke tempat lain tak payah la yerk korang sebab kuching ni bila waktu malam tak berapa nak meriah macam kuala lumpur.. sunyi aje.. so apa lagi... balik homestay dan ZzZzZz