Friday, December 30, 2011

UNTUNG LA

ciknad baru je balik dari daftarkan adik ciknad kat pusat tuisyen.. tu la pertama kali ciknad jejakkan kaki ciknad kat pusat tuisyen.. dah umur 23 tahun baru jejak.. sedih jugak rupanya nasib ciknad ni kan.. bila ciknad jejak tu ciknad rasa budak zaman sekarang sangat-sangat untung sebab bukan setakat tuisyen kat sekolah tapi sampai ke luar pun tuisyen.. peluang terbentang luas kat dorang.. kalau tak all out lagi tak tahu la ciknad.. sedarlah wahai adik-adikku sekalian..

dulu zaman ciknad takde nyer tuisyen-tuisyen bagai ni.. bergantung kat cikgu sekolah aje.. tu pun tak lah sekerap macam zaman sekarang ni.. yang lain belajar la sendiri.. gigih bangun awal pagi belajar sesorang.. tak da sape pun yang ajar.. sebab?? anak sulung.. mak ngan ayah ciknad tak berapa pandai sangat boleh tunjuk ajar, so kenalah berdikari sendiri.. sebab tu kekadang ciknad sentap bila adik-adik dok manja-manja gitu... bukan kedekut ilmu tapi suka sangat disuap itu ini tanpa berusaha..

akhir kata gud luck untuk semua pelajar... ikhlas daripada bekas pelajar.. sekian :)

Thursday, December 29, 2011

TAHU KE TAK TAHU

Bestkan weekend datang kembali.. tapiii selagi keja xsettle weekend tetap jugak bekerja.. sape kata keja gomen ni rilex banyak timba.. kalau tidak , jadila kera yang duduk sesorang.. bak kata orang “ lebih baik mengaku tak tahu daripada berlagak pandai”.. kita perlu merendahkan diri dalam sesuatu hal.. abaikan je apa yang diperkata.. hanya diri sendiri je yang tahu kebenarannya..

Contohnya macam ciknad yang keja sebagai kerani cabok, sepatutnya ciknad memang kena tahu dan tahu semua perkara tapi bagi ciknad biarlah kita kata tak tahu daripada berlagak pandai sangat.. kalau tak tahu kita boleh kata tak tau dan belajar untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kannnn..

Contoh lagi, macam ciknad lagi.. habis nak bagi contoh sape lagi kalau bukan ciknad kan.. ciknad memang takut kalau nak masak kat rumah mak mentua.. sebabnya adalah takut dorang tak boleh terima.. selera ciknad ni lain.. selera dorang lain.. kalau ciknad masak takut tak da orang makan.. lagi la keciwa.. tak gituuu.. sebab tu dalam hal ni ciknad banyak mainkan peranan sebagai pembantu dan lebih banyak kata tak tahu walaupun tahu.. lantak la orang nak kata semua tak tahu.. ada aku kisah?? Ciknad je tahu tahap kemampuan ciknad ada kat mana..

Errr.. contoh lagi.. tak tahu dah la.. malas nak pikir.. tapi kesimpulannya biar mengaku tak tahu daripada berlagak tahu dan jangan jadi bodoh sombong tak mau belajar.. ilmu itu penting..

Wednesday, December 28, 2011

TIPS PJJ

hari ni tergerak hati untuk share bersama tips PJJ.. tapi yang ni bukan pendidikan jarak jauh.. yang ni adalah PERKAHWINAN JARAK JAUH macam ciknad ni haa...FYI  membaca artikel-artikel yang berkaitan pun salah satu cara untuk memotivasikan diri.. so, kepada yang ada internet tu jangan facebook aje.. sesekali tu google la artikel yang memanfaatkan sebab ciknad rasa PJJ memerlukan keyakinan dan ketabahan diri yang sangat-sangat tinggi.. kerek la kan sebab sebelum ni takda suami tak pe je?? bukan nak mengada ye korang tapi percayalah apabila kamu dan kamu semua telah berumah tangga kehidupan kamu dan kamu semua akan berubah.. kalau boleh tu nak melekat 24hours.. tak caya?? kawin dan rasa la sendiri.. kepada yang da kawin betul kan.. so, gimmi ten :)

PJJ ni sebenarnya memang tidak digalakkan bagi pasangan suami isteri tetapi pada zaman sekarang ini, PJJ dah menjadi kebiasaan kerana faktor ekonomi yang semakin pesat membangun dan wang pulus juga sudah semakin rendah nilainya.. sape je yang suka duduk jauh-jauh ni.. bagi isteri macam ciknad ni terpaksalah berdikari semuanya dan kekadang memang terasa bersalah dan sedih la plak bila memikirkan si suami yang jauh di sana membuat semuanya sendiri walaupun dorang dah pun berkahwin.. oleh itu gb, sila lah paham keadaan saya (terselit jugak kemeroyanan itu).. diantara tips PJJ adalahhhhhhhhh

TIPS 1
KERAPKAN BERHUBUNG
contoh macam ciknad (ye la nak bagi contoh sape lagi dah memang diri sendiri merasai dan gila kuasa sebagai tuan blog ), kitaorg memang akan berhubung pepagi melalui email say hai, gud morning n etc.. kol masa lunch time.. kol masa balik keja.. kol masa malam.. kalau encik suami tak buat semua tu ciknad memang tak leh dok diam walaupun kekadang kita tahu yang dorang bz tapi memadai kalau sekadar tulis mesej.. kalau sibuk kata je sibuk dan ok faham.. tapi kalau senyap tu yang buat temperature naik jugak sedikit kekadang tu :p suami isteri PJJ sebaiknya tiap-tiap hari berhubung dan WAJIB.. lain la kalau suami or isteri tu sorang dok kat over da sea sorang dok kat medan ke..

TIPS 2
GUNAKAN FACEBOOK, SKYPE, YM, TWITTER ETC
bagi yang nak jimatkan kredit leh la guna laman sosial seperti di atas untuk berhubung dengan pasangan memasing.. tapi ciknad lebih suka guna skype.. leh kol free sambil tengok muka encik suami.. ehhh tak jugak free.. bil berukband still kena bayar.. ciknad memang suka paksa encik suami berwebcam dengan ciknad boleh la lepas rindu tapi ciknad tak plak berwebcam.. bukan tak nak, tapi webcam rosak.. so tak berdosa k..

TIPS 3
HUJUNG MINGGU
sebaik-baiknya luangkan masa bersama dengan berdua sahaja pada hujung minggu.. ye la dah seminggu sekali jumpa pastu tumpuan haruslah di beri selebihnya kepada pasangan.. kalau macam ciknad hari sabtu tu selalunya memang akan balik ke kuarters dan bukannya duduk di rumah parent melainkan ada hal-hal tertentu je. tapi kalau ikut nasihat 2minggu sekali berjumpa bagi yang PJJ untuk menjimatkan kos.. encik suami?? tiap-tiap minggu.. ye ciknad sangat bersyukur mempunyai suami seperti encik suami.. tq :)

TIPS 4
JUJUR
sifat jujur memang sangat penting dalam suatu perhubungan dan bukannya setakat di alam perkahwinan tapi di semua alam la perlu.. macam ciknad memang akan terus terang kalau ada sesuatu tak kena sebab bila kita pendam kita asyik fikir dan sampai bila-bila pun takkan selesai dan masa tu la kita berbincang dengan cara baik.. tapi ciknad merasakan kebanyak si isteri yang selalu berterus terang daripada si suami yang hanya lebih suka mendiamkan diri dan menjawab bila perlu saja..

TIPS 5
KERAPKAN BER SMS
yang ni ciknad rasa memang kurang kalau bagi ciknad sebab memang dari zaman cintan cintun kitaorg lebih kerap kol daripada bermesej.. mesej pun kalau duduk dalam bas.. dengar taklimat yang membosankan or menunggu baru la memasing bermesej tapi kalau untuk saja-saja memang tak.. bagi yang PJJ kekerapan ber sms juga perlu untuk mengeratkan lagi hubungan.. kalau tak tahu nak mesej apa cakap je " i love u"

TIPS 6
LAKUKAN WEBCAM, VIDEOCAM ETC
sesekali buat la webcam or videocam.. kekadang bila kita tengok muka pasangan kita hilang segala stress kat tempat keja sebab terubatnya rindu di hati  :) bagi yang xda internet boleh la 3G.. zaman sekarang kat hp semuanya da canggih... macam ciknad tiap2 hari webcam dengan encik suami kat skype.. maju gituuuuu

TIPS 7
SENTIASA PERCAYA
kepercayaan memang sangat penting dalam perkahwinan ni.. jangan terlampau cemburu sangat.. dan jangan menuduh sesuka hati.. banyakkan doa untuk kuatkan lagi kepercayaan kepada pasangan.. insyALLAH boleh..

sekian tips hari ini

Tuesday, December 27, 2011

ALHAMDULILLAH..

semalam dalam meeting hanya mendengar ulasan ringkas daripada gb tentang audit.. laporan da sampai tapi masih tak puas hati selagi tak tengok dengan mata sendiri.. alahai pakcik dan abang posmen.. kalau nak hantar surat janganlah hari sabtu.. orang cuti.. hantar la hari keja.. kan boleh baca.. mood excited + debar-debar.. mengalahkan time akad nikah la plak.. hohoho.. pepagi bila masuk pejabat benda pertama yang ditengok adalah kertas atas meja.. dan hasilnya adalahhhhhhhhhhhh


terus tersenyum bila baca muka depan ni.. alhamdulillah.. inilah yang kita cari-cari.. audit tanpa teguran.. kalau teguran habislah mereka dan mereka ni datang berkampung.. harap-harap tahun ni pun macam ni la jugak.. nebes balik mengingatkan audit-audit ni.. FYI bahan-bahan audit ni sepatutnya disediakan oleh pt yang sebelumnya tapi disebabkan kesengalan + masalah teknikal so 99% disediakan oleh ciknad.. masa tu memang mengeluh la jugak.. apala nasib baru masuk keja dah jadi camni tapi bila mengenangkan itu semua adalah cabaran dan dengan ini telah terbuktinya ya ciknad telah berjaya melakukannya.. yang lama hanya mengucapkan kelegaan disebabkan semuanya telah disediakan.. haprekk kan.. terus remove dia dari fb friend..

oleh itu dikesempatan ini, ciknad mahu meroyan sebentar.. gb sila la benarkan saya transfer ke kuala lumpur.. saya telah berjaya melaksanakan dengan jayanya.. saya nak duduk dekat dengan suami saya.. kesian suami dan saya masih single walaupun telah berkahwin.. harap gb paham.. erkkk.. paham ke gb?? camner nak paham sebab setiap kali ciknad cakap pasal transfer dia akan keluar pejabat.. ketuk dinding la.. tukar topik la.. sakit kepala la.. huhuhuhu

Monday, December 26, 2011

26 DISEMBER

setahun yang lepas, pada tarikh inilah ciknad bersama encik suami telah disahkan sebagai tunangan orang setelah berkawan sejak 2008 dan berkapel sejak 2009.. keputusan yang diluar jangkaan sekali.. sebelum tu memang da banyak kali encik suami dok bagi hint-hint tapi diri ini masih lagi tak bersedia.. perasaan takut tu ada.. mampu ke seorang gadis yang otaknya sengal menjadi isteri kepada seorang lelaki dan ibu kepada anak-anaknya.. alhamdullillah, tanpa perancangan, persediaan hanya dalam masa 2minggu aje sebelum ke tarikh pertunangan.. bayangkan dalam masa 2minggu sahaja ok.. memang sangat mengejutkan.. sebelum tu memang ada la tanya pendapat beberapa orang dan kebanyakannya semuanya cakap keputusan yang giler dan menasihatkan postpone.. tapi ada ciknad kisah?? dok bertanya pendapat orang tapi langsung tak ikut.. ampun ye kepada penasihat..

suka pic yang dok tunduk tu.. nampak macam ayu je kan.. mekap and photographer adalah sangat-sangat bagus servisnya.. so kepada yang bakal-bakal pengantin ataupun nak mekap event pun boleh, contact kak sya ni kat fb dia LESTARY CHINTA STUDIO dan adik dia si photographer RAHMAT HIDAYAT .. 

cun kan hasilnya... soft aje mekap dia.. ciknad memang da pesan awal-awal kata takmo mekap tebal-tebal.. karang jadi macam opera cina pulaksss... hasil pencarian dalam masa seminggu melalui encik google sangat berbaloi.. syukur alhamdullillah.. kebetulan masa tu plak kak sya ni ada buat promosi.. dulang + alas, bunga tangan fresh flower, mekap, mini pelamin fresh flower, photographer with album dan juga baju semuanya rm1500.. semuanya adalah rezeki.. insyALLAH bak kata orang kalau niat ikhlas semuanya dipermudahkan.. 

 mini pelamin.. sangat cantik.. memang macam dalam impian.. i like...

 sepatutnya baju tunang ciknad warna krim.. tapi last minute kak sya mesej kata dia dah tempah baju lain untuk ciknad.. ramai jugak yang tanya ciknad tak takut ke tak pegi test baju tunang.. bagi ciknad itu tak perlu.. mereka tahu apa yang terbaik untuk kita dan bagi ciknad, ciknad tak suka nak susahkan orang.. alhamdullillah semuanya ok.. dan pada hari tunang tersarunglah baju seperti gambar di atas.. first client yang pakai baju ni dan hari pertama la juga test baju ni dan terus pakai untuk majlis tunang

 cincin merisik + cincin tunang.. tapi yang sedihnya cincin tunang sekarang tak tahu pegi mana.. hilang masa hari kahwin.. rindu sangat dengan cincin tu.. harap-harap jumpa la balik.. cincin ni pun ada kisahnya jugak.. tak sampai 24jam sarung kat tangan dah hilang.. merata mencari.. rupa-rupanya dok dalam kapet tebal auntie..huhuhu

 hantaran dari belah lelaki.. sama adil.. kalau si lelaki nak kasut ciknad pun nak kasut.. hahahaha

 hantaran dari belah ciknad.. kedua-dua hantaran adalah digubah penuh oleh kak emi (akak opis lama).. mak bapak datang semuanya da siap.. bagus kan...

 i miss the girl's so much.. huhuhu.. tq for everything

 nebes ok jumpa ramai giler orang.. dah la masa tu la pertama kali jumpa mentua + keluarga belah encik suami.. maluuuuuuuuu

tengokkkk... mesra kan menantu dengan mentua.. masa tu memasing tangan sejuk.. gabra ok.. memasing baru pertama kali jumpa dan memasing kompius jari mana nak buh cincin tunang jari mana buh cincin merisik.. last-last kitaorg hentam je.. ciknad kata masuk je belah itu ini.. asalkan sarung... sempoi tak... lalala

rombongan dari pihak laki da sampai.. tapi sebenarnya ciknad nak fokus kat makanan... yang tu je ada untuk menunjukkan makanan yang ada pada hari tu.. tetiba bapak boleh plak menyelit sambil peace no war.. hehehe.. menu pada hari tu adalah ayam masak kicap, sambal udang, gulai ikan talang, ulaman + sambal belacan, dadih jagung, air oren.. makanan 100% dimasak oleh maksu, bapak, emak dan ciknad sendiri.. hebat kan.. barang-barang semua dishopping kat topzella wangsa maju.. dan yang paling best makan dalam bekas polistrin.. harap maklum.. rumah limited edision.. so semuanya  adalah terhad :p

  ciknad ngan encik tunang... sekarang da encik suami :)

part of my family

Sunday, December 25, 2011

TRANSFORMASI 2012

masih lagi berada di Terengganu, negeri kelahiran encik suami dengan cuaca yang mendung + hujan rintik-rintik.. memang best la kan kalau cuaca cenggini bila berada di rumah kampung.. sejuk dan nyaman sekali.. kalau macam umah ciknad kat sungai petani ni nan ado ler rasa macam ni.. tetap je rasa haba tu sebab rumah semuanya bertutup.. apa-apa pun rumah kita sendiri jugak terbaik kan.. tetiba rindu dengan suasana cerita itu ini + gelak ketawa family duduk berkumpul kat kerusi depan rumah sambil dihidang makanan apa-apa aje + air free ayah.. hehehehe..

ehhh.. ciknad nak bercerita pasal transformasi kan.. selalu lari tajuk kan.. nasib baik dah habis SPM dan dengan bangganya mendapat A1 dalam BM (terselit keriakan :p) kalau tak, habislah penulisan ciknad sebab selalu lari dari tajuk.. lagi beberapa hari lagi 2012 akan menjelma dan kalau tak silap ciknad tahun depan adalah tahun naga.. yaaa.. tahun kelahiran ciknad.. aummmmm.. ehhh naga mana bunyi camtu.. lantak la.. ciknad tetap gak nak buat bunyi camtu :p

2012 ni ciknad terasa nak buat transformasi kat diri sendiri ni la.. rasanya sudah masa untuk kita menaik tarafkan imej kita dan diri kita... diantara transformasi yang ciknad nak buat adalahhhhhhhhhh

ye itulah yang ciknad nak.. ciknad rasa macam nak bertumit tinggi + wedges la pergi keja or kekadang masa pegi berdating ngan encik suami.. FYI ciknad sekarang adalah ciknad yang sangat-sangat tak pandai bergaya dan ringkas.. rasa macam membazir je nak habiskan masa dengan semua ni tapi bila  fikir balik kekadang perlu untuk imej kita.. bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita dan yang paling penting suami :)

kedua adalah ini.. sebelum ni ciknad g keja kalau rajin je buh celak kat mata.. kalau malas spray minyak wangi + pakai bedak baby aje.. ye saya masih baby lagi sebab tu la menggunakan bedak baby.. lalalala.. best pe wangi dia :p tapi camner nak mekap erk.. perlukah menghadiri kelas belajar cara mekap.. ada gak tengok kat blog kelas belajar mekap tapi berbaloi tak sekali sekala keluar pulus demi imej kita.. camner ni.. anyone can help me.. please!!

ketiga adalah ni... berpakaian yang bukan remaja style dah.. kalau cakap pasal bukan remaja style of kos encik suami akan kata baju kurung aje la.. ala abanggg, bini abg ni tiap-tiap hari muslimah kecuali jumaat & sabtu sebab pegi keja pakai baju kurung.. baikkan bini abg ni.. muslimah sejati.. ye la sangat :p nak shopping blouse + baju mata yang cantik di mata asalkan tak singkat + menjolok biji mata orang.. yang ni kena himpun duit dulu la.. banyak benda lain kena settle daripada shopping baju.. huhuhu..

dan keempat apa erk... aiseh takda idea la plak.. hmmm nanti fikir lain boleh tak.. malas plak nak fikir panjang-panjang sebab tu belajar tak tinggi kan.. nanti ciknad buat transformasi part 2 ye uols, itupun kalau ada idea lagi..

Friday, December 23, 2011

EVENT PERTAMA

na na na ganu kiter.. ye ciknad sudah berada di terengganu, negeri kelahiran encik suami pada hari ini.. dan entry ini adalah entry yang ditulis semalam dan di autpublish kan.. hehehehe.. tetap juga nak berblog kan walaupun ke sana ke situ.. ok full stop.. last 2week ciknad rasa event ni berlangsung (maapkan lah ciknad yang pelupa ini) dan buat pertama kalinya event pertama ciknad join sebagai isteri di company encik suami.. perasaan ok ler.. sebab memula jumpa suami dah kena marah.. sentap tau.. dah la banyak hari tak jumpa, pastu jumpa-jumpa kena marah.. bukan ke nak cakap i miss u ke.. tetap xmau mengaku kan kesalahan sendiri.. yang sebenarnya adalah salah ciknad.. ye saya mengaku bersalah kerana kelewatan yang amat sangat tapi keji gak tau sebab ciknad mmg dah kompem dan masak sangat dengan janji melayu.. kata last pendaftaran pukul 8malam tapi sampai kul 8 terlebih sikit pun masih ramai lagi yang dok cari parking, bla bla bla.. terus ciknad sentap sebab kena marah masa awal-awal jumpa.. ciknad dah la dari kedah pagi tu, kena tukar bas lagi sebab bas rosak.. masak lagi kat umah aunty untuk adik ngan sepupu.. nak bersiap lagi untuk suami.. dah la berusaha cari orang nak comelkan muka ciknad ni.. semuanya khas untuk encik suami.. mmg da berangan da encik suami nak puji dalam keta bila jumpa nanti... tapi hasilnya pukul berapa pagi dia baru perasan kecomelan isteri dia.. padahal mekap masa tu dah luntur habis sebab tido.. sabo je la... tapi rasanya inilah event kali pertama ciknad rasa ok dari yang sebelum ni.. adakah sebab masa dulu ciknad hanyalah "awek" atau " cik tunang" ataupun " pekerja swasta yang selekeh sebab pegi kerja xpakai mekap" dan sebab tu rasa macam tak wujud aje suatu ketika dahulu.. hmmm.. k la ciknad nak pk apa yang ciknad nak makan kat ganu ni.. macam-macam makanan menanti ciknad.. laksam, air gelas besar, kepok lekor, sotong goreng tepung, satay ikan... waaaa banyaknyerrrrrrrrrr.. tapi sebelum tu jangan lari lagi erk.. meh tengok dulu kat bawah ni gambar kecomelan ciknad... layannnnn

sengaja letak gambar ni besar-besar.. ni lah puan yang kena marah suami sebab lambat :P


suka gambar yang ambik dari tepi n candid... nice :)



Thursday, December 22, 2011

KORANG ADA PK TAK ??

hohoho... hari ni ciknad isytiharkan hari kebebasan sedunia setelah dua minggu yang lalu sehingga malam semalam otak jadi biul kerana opsyen baru ni.. kerana opsyen baru ni la ciknad terpaksa mengorbankan cuti hujung minggu ciknad, laki ciknad balik seminggu sekali saja nak jumpa bini, dan masa tu la ciknad nak bermanja-manja tapi kali ni tak ada... korang ada pk tak..tak ada kan.. kerana opsyen baru ni la ciknad kerja lebih masa tanpa dibayar ot.. korang ada pk tak.. tak ada kan.. kerana opsyen ini la ciknad angkut bawa balik rumah dan seawal 5pagi ciknad bangun pagi nak cop borang-borang opsyen.. korang ada pk tak.. tak ada kan.. kerana opsyen baru ni la ciknad ada kat PPD sampai pukul 9malam dan sampai kuarters pukul 10 malam.. korang ada pk tak.. tak ada kan.. ye nasib la padan muka sebab ni keja kami.. sekali sekala je keja ni datang.. tapi korang ada pk tak masa kami bersama keluarga, masa kami untuk berehat macam kamu smua kat rumah, masa lebihan kami yang langsung tak dibayar dan apabila mintak claim cuti tidak dibenarkan dan selayaknya kami patut mendapat cuti.. untuk pengetahuan kamu dan kamu semua waktu bekerja kami hanyalah bermula dari pukul 8pagi sehingga 5 petang.. selain daripada itu bukanlah waktu bekerja kami.. dan kami bertungkus lumus menyiapkan demi kamu semua.. demi kesenangan kamu semua.. tapi kamu semua hanya tahu komplen dan komplen dan terus komplen.. langsung tak ada penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kami yang telah bersusah payah bertungkus lumus.. sedarlah wahai kamu semua setiap orang pasti melakukan kesilapan dan tak kurang mana pun maruah tu jikalau kita mengucapkan ucapan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita.. jangan lah membebankan orang yang menolong anda itu dengan rungutan dan kamulah juga yang bertanggungjawab kerana tidak memeriksa terlebih dahulu dokumen yang disediakan itu.. jangan nak tonyoh aje pastu bila silap komplen.. sekian..

Tuesday, December 20, 2011

TEMPAT MELUAHKAN

ciknad perasan la kalau time otak serabut ke kerja banyak ke dan bla bla mesti kekerapan ciknad menulis blog adalah setiap hari.. kalau tidak macam chipsmore.. kejap ada kejap takde.. ni lah salah satu kebaikan blog.. walaupun kita sibuk macam mana pun tapi bila kita dah berserabut mesti kena nak luahkan apa yang kita rasa.. dan blog adalah salah sorang tempat meluahkan apa yang di rasa.. tak gitu.. bila dah luah tu rasa macam ok sikit.. dah macam skandel plak ngan blog.. jangan salah paham yerk ciknad masih ada sorang lagi tempat mengadu, bukan skandel tapi wajiblah encik suami kan.. teman sehidup semati.. sekarang ni ciknad terasa nak sesangat transfer.. tapi camner boleh trasfer kalau application selalu kena reject n setiap kali sembang pasal transfer mesti GB akan kata sakit kepala pastu blah balik rumah or keluar pejabat.. bos korang ada macam tu?? bos ciknad mampu buat cenggitu kat ciknad ok... sedihhh (-_-)

Monday, December 19, 2011

MINI REUNION

fuhhhhhh fasa pertama untuk perlaksanaan skim baru ni da selesai cuma tinggal hantar borang je esok..alhamdullillah syukur.. perasaan lega tu memang ada walaupun tensen tu datang menghantui diri bila mula-mula kena settle itu ini.. masa yang limited n terpaksa berkorban waktu cuti demi menyiapkan keja..

suka melalut ke arah lain dulu kan.. kuang kuang kuang.. begini ceritanya... semalam adalah hari perkahwinan roomate ciknad masa zaman study kat sekolah teknik dulu kala.. congrate to sheley & khairul.. akhirnya kawin juga dorang ni.. tapi disebalik tujuan utama ciknad datang kenduri kawin sheley ni sebab nak jumpa dorang-dorang ni haaaaa


sangat-sangat rindu dengan dorang ni.. tapi dalam ramai-ramai tu hanya 2orang je geng bilik.. 2 lagi belah kiri tu bukan geng bilik tapi  "GENG NAKAL" atau lebih glemer dengan panggilan under18.. pasal ape under 18?? sebabnya masa tu kan belum habis sekolah lagi.. korang ada ke geng nakal macam ni.. sepatutnya geng under18 lagi ramai, hasil gabungan 3bilik.. apa-apa kesalahan 3bilik ni dulu la akan kena soal siasat.. nakal takla sangat.. tapi sikap suka mempertahankan diri tu yang buat selalu kena.. maklumla berani kerana benar..finy pun datang, roomate geng seangkatan yang dah tukar status jadi puan & bakal mak budak..congrate also to finy.. jangan risau ciknad dah suh finy hembus dia punya bunting itu.. hehehe.. tak lupa juga untuk syu yang bertudung kuning, congrate syu di atas khabas berita pertunangan anda :)

 terlebih over plak gegel kat tengah-tengah tu sampai suami pasrah ajo
 la dengan perangai si isteri.. :P


gambar geng bilik ciknad masa skolah teknik... tapi org depan yang dok hujung kanan n kiri adalah bukan geng bilik ciknad + ke-4 dari kiri di belakang.. yang lain semuanya geng bilik.. kalau jumpa lagi nanti ni habisla lupa lagi status puan.. baru jumpa bape kerat kecoh tu macam pasar malam.. masa ni baru dapat baju geng.. tempah khas tu..design sendiri ok.. almaklumla budak engineering :P


lagi budak-budak nakal.. teringat bila main lari-lari dengan warden masa malam merdeka.. kitaorg nak kira detik + tengok bunga api.. sekali warden menjerit suh masuk bilik.. lintang pukang lari masuk bilik.. dah la bilik dok tingkat 1 hujung sekali plak tu.. nasib baik selamat.. tapi esok tu tak selamat jugak.. hasilnya rotan di tangan ler.. huhuhu..

ehhh..dok cerita pasal kengkawan je lupa plak nak tempek gambar pengantin.. akhir kata selamat pengantin baru buat my lovely friend sheley and her husband khairul.. semoga bahagia hingga akhir hayat dan yang paling penting jangan potong line ciknad.. kalau tidak, ciknad kena buat part time :P



p/s : kalau nak tahu ciknad yang mana 1 dalam gmbar dulu kala cari la sendiri yer :P

Sunday, December 18, 2011

TERIMA KASIH SUAMI

selepas sibuk dok meroyan takda kek besday..akhirnya ciknad dapat jugak kek besday tahun ni.. syiok giler walaupun makan takda ler banyak mana pun.. terima kasih encik suami sebab beli kek besday.. ingatkan takda kek dah macam tahun-tahun lepas tapi rupanya masih ada lagi kek dari encik suami tapi kali ni lain sikit.. nak tengok apa kelainannye... jeng jeng jeng


nampak x kelainan kek di atas.. sebenarnya dah dapat agak da status yang mesti di tulis kat kek ni sebab tahun lepas kan solo molo lagi.. tahun ni haruslah sedar diri bahawasanya status ciknad telah bertukar menjadi "PUAN" ..


i'm & encik suami merangkap tukang sponser kek.. feeling mengada-ngada nak sambut besday sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sebab tu gambar ni gelap sikit.. mengada nak angin sepoi-sepoi, luar rumah pun jadi la.. makanan sampingan besday party adalah air oren yang disponser oleh ayah + satay 100 cucuk + durian..

terima kasih encik suami sebab seharian suntuk melayan karenah si isteri menyambut besday isteri yang dah lepas banyak hari tapi bila suami balik nak sambut lagi..camner tu??


masuk-masuk JJ terus terjah customer service untuk kolek benda alah ni.. mula-mula excited bila nampak kupon buy 1 get 1 free movie ticket at TGV.. laju je jalan menuju ke TGV yang dok kat tgkat atas sekali.. tetiba dalam dok syiok tu encik suami baru nak baca terms & condition.. sekali kauuuu.. hanya sah hari isnin sehingga jumaat sahaja.. tapi suami ciknad hanya ada sabtu & ahad.. menyampah.. tapi ada ciknad kisah tetap gak tengok..citer ni ciknad tengok


bagi ciknad kureng sikit..takda lawak-lawak..berbeza dengan watak yang selalu sam pegang tapi yang ni memang realiti kehidupan masa kini punya keadaan.. makanya kupon free masih ada lagi di tangan ciknad.. teringin nak tengok ombak rindu.. ada sesapa nak temankan x??


 akhirnya ciknad dapat makan gak makanan ni.. encik suami offer nak belanja makan kenny rogers tapi bagi ciknad lain kali aje la..prosperity ni dia bermusim.. kenny rogers bila-bila pun boleh makan.. lagipun ciknad nak bersama-sama makan ngan encik suami takmo ada salah sorang makan dulu.. nanti jeles.. boleh cenggitu :P


makanan wajib kalau pegi ke tempat yang ada mekdi.. pantang nampak aiskrim.. tapi encik suami la yang paling laju sekali.. ciknad setengah jam pun belum tentu lagi habis.. last-last encik suami yang tukang habis..

walaupun ciknad mengatakan besday ciknad tahun ni adalah paling tak best tapi sebenarnya semua itu adalah dusta...tahun 2011 adalah yang paling terbaik..nak tahu sebab apa yang terbaik..sebabnya adalahhhhhhh

SAYA ADA SUAMI YANG TERBAIK DI DUNIA.. TQ SO MUCH..



Friday, December 16, 2011

TERIMA KASIH MAK

semalam ciknad telah diangkut balik oleh mak ciknad sekali lagi dengan alasan kesian kat menantu dia sebab kena pegi jauh kuarters ciknad memalam.. sayang sungguh dengan menantu dia yerk.. semalam juga ciknad telah di offer oleh kawan-kawan sejawatan untuk bermalam umah sewa dorang sambil gosip + menyelesaikan keja yang banyak gilerrrrrr.. tapi apakan daya family harus diutamakan dahulu so ciknad angkut sekali kerja balik umah.. cemerlang gemilang dan terbilang x?? habis kalau x cenggitu mampos la kena tadah telinga kena bla bla bla ngan staff lain.. bab gaji ye uols, semua orang sensitif dan mulai saat ini mmg dengan rela hati la menadah telinga untuk segala pertanyaan.. ciknad mengharapkan fasa ini berlalu dengan cepat dan tak sabar rasanya nak bercuti ke sarawak.. tetiba melalut ke percutian.. apakah ini.. stop.. uols tahu kan besday ciknad yang sebenar-benarnya 14/12/2011 tapi semalam 15/12/2011 dengan perasaan tamaknya ciknad sambut lagi sekali besday.. uols ada menumpang besday orang lain.. ciknad ada dan buktinya adalah....

hidangan mak + besday girl + angah + gie

 besday girl punya makanan, kongsi ngan mak+ angah sebab kompem xhabis :P

 besday girl yang tamak sambut besday gak walaupun dah lebih hari..sila abaikan muka yang serabut..almaklumlah pukul 11malam dah masa ni

bangun pagi terus cari pemutar skru..gigih panjat pasang sesorang..tq maksu\

TERIMA KASIH MAK SEBAB BELANJA BESDAY GIRL.. I LOVE U SO MUCH..MUAHHHH