Sunday, December 25, 2011

TRANSFORMASI 2012

masih lagi berada di Terengganu, negeri kelahiran encik suami dengan cuaca yang mendung + hujan rintik-rintik.. memang best la kan kalau cuaca cenggini bila berada di rumah kampung.. sejuk dan nyaman sekali.. kalau macam umah ciknad kat sungai petani ni nan ado ler rasa macam ni.. tetap je rasa haba tu sebab rumah semuanya bertutup.. apa-apa pun rumah kita sendiri jugak terbaik kan.. tetiba rindu dengan suasana cerita itu ini + gelak ketawa family duduk berkumpul kat kerusi depan rumah sambil dihidang makanan apa-apa aje + air free ayah.. hehehehe..

ehhh.. ciknad nak bercerita pasal transformasi kan.. selalu lari tajuk kan.. nasib baik dah habis SPM dan dengan bangganya mendapat A1 dalam BM (terselit keriakan :p) kalau tak, habislah penulisan ciknad sebab selalu lari dari tajuk.. lagi beberapa hari lagi 2012 akan menjelma dan kalau tak silap ciknad tahun depan adalah tahun naga.. yaaa.. tahun kelahiran ciknad.. aummmmm.. ehhh naga mana bunyi camtu.. lantak la.. ciknad tetap gak nak buat bunyi camtu :p

2012 ni ciknad terasa nak buat transformasi kat diri sendiri ni la.. rasanya sudah masa untuk kita menaik tarafkan imej kita dan diri kita... diantara transformasi yang ciknad nak buat adalahhhhhhhhhh

ye itulah yang ciknad nak.. ciknad rasa macam nak bertumit tinggi + wedges la pergi keja or kekadang masa pegi berdating ngan encik suami.. FYI ciknad sekarang adalah ciknad yang sangat-sangat tak pandai bergaya dan ringkas.. rasa macam membazir je nak habiskan masa dengan semua ni tapi bila  fikir balik kekadang perlu untuk imej kita.. bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita dan yang paling penting suami :)

kedua adalah ini.. sebelum ni ciknad g keja kalau rajin je buh celak kat mata.. kalau malas spray minyak wangi + pakai bedak baby aje.. ye saya masih baby lagi sebab tu la menggunakan bedak baby.. lalalala.. best pe wangi dia :p tapi camner nak mekap erk.. perlukah menghadiri kelas belajar cara mekap.. ada gak tengok kat blog kelas belajar mekap tapi berbaloi tak sekali sekala keluar pulus demi imej kita.. camner ni.. anyone can help me.. please!!

ketiga adalah ni... berpakaian yang bukan remaja style dah.. kalau cakap pasal bukan remaja style of kos encik suami akan kata baju kurung aje la.. ala abanggg, bini abg ni tiap-tiap hari muslimah kecuali jumaat & sabtu sebab pegi keja pakai baju kurung.. baikkan bini abg ni.. muslimah sejati.. ye la sangat :p nak shopping blouse + baju mata yang cantik di mata asalkan tak singkat + menjolok biji mata orang.. yang ni kena himpun duit dulu la.. banyak benda lain kena settle daripada shopping baju.. huhuhu..

dan keempat apa erk... aiseh takda idea la plak.. hmmm nanti fikir lain boleh tak.. malas plak nak fikir panjang-panjang sebab tu belajar tak tinggi kan.. nanti ciknad buat transformasi part 2 ye uols, itupun kalau ada idea lagi..

No comments:

Post a Comment