Thursday, December 22, 2011

KORANG ADA PK TAK ??

hohoho... hari ni ciknad isytiharkan hari kebebasan sedunia setelah dua minggu yang lalu sehingga malam semalam otak jadi biul kerana opsyen baru ni.. kerana opsyen baru ni la ciknad terpaksa mengorbankan cuti hujung minggu ciknad, laki ciknad balik seminggu sekali saja nak jumpa bini, dan masa tu la ciknad nak bermanja-manja tapi kali ni tak ada... korang ada pk tak..tak ada kan.. kerana opsyen baru ni la ciknad kerja lebih masa tanpa dibayar ot.. korang ada pk tak.. tak ada kan.. kerana opsyen ini la ciknad angkut bawa balik rumah dan seawal 5pagi ciknad bangun pagi nak cop borang-borang opsyen.. korang ada pk tak.. tak ada kan.. kerana opsyen baru ni la ciknad ada kat PPD sampai pukul 9malam dan sampai kuarters pukul 10 malam.. korang ada pk tak.. tak ada kan.. ye nasib la padan muka sebab ni keja kami.. sekali sekala je keja ni datang.. tapi korang ada pk tak masa kami bersama keluarga, masa kami untuk berehat macam kamu smua kat rumah, masa lebihan kami yang langsung tak dibayar dan apabila mintak claim cuti tidak dibenarkan dan selayaknya kami patut mendapat cuti.. untuk pengetahuan kamu dan kamu semua waktu bekerja kami hanyalah bermula dari pukul 8pagi sehingga 5 petang.. selain daripada itu bukanlah waktu bekerja kami.. dan kami bertungkus lumus menyiapkan demi kamu semua.. demi kesenangan kamu semua.. tapi kamu semua hanya tahu komplen dan komplen dan terus komplen.. langsung tak ada penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kami yang telah bersusah payah bertungkus lumus.. sedarlah wahai kamu semua setiap orang pasti melakukan kesilapan dan tak kurang mana pun maruah tu jikalau kita mengucapkan ucapan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita.. jangan lah membebankan orang yang menolong anda itu dengan rungutan dan kamulah juga yang bertanggungjawab kerana tidak memeriksa terlebih dahulu dokumen yang disediakan itu.. jangan nak tonyoh aje pastu bila silap komplen.. sekian..

No comments:

Post a Comment