Wednesday, April 25, 2012

CINTA

cinta...
ehhh macam nak taip puisi la plak tapi tak pandai... so mengarang blog aje udah ler kannn...
cinta ni macam-macam keadaan ada.. terpulang kepada individu tu.. mcam ciknad sendiri 2kali bercinta kali 3 baru bertemu dengan encik suami.. lainlah encik suami yang ada stok sedozen itu sebelum ciknad.. glemerkah dia pada suatu ketika dahulu??? errrrr... no komen tettttt.. tapi serius ciknad memang suka nyembang2 ngan encik suami pasal kisah-kisah cintanya dahulu.. syiok je dengar sebab leh pekena balik.. jeles?? sama sekali tidak.. seronok adala sebab boleh menyakat.. hahaha.. nak jeles pun buat apa dah jadi suami punnn...

dalam percintaan ni payah nak jumpa orang yang 100% sama dengan kita punya perangai.. contohnya ciknad ni perangai macam budak-budak ( bak kata encik suami) & encik suami plak garang macam singa ok wlaupun uols nmpak dia macam cool aje.. tapi dia matang dalam segalanya.. kalau ada apa-apa memang dia la tempat bergantung ciknad... kalau suruh ciknad handle entah ape-ape jadinya walaupun mulut je kata takpela nak berdikari... leh caye ker?? last-last meroyan keseorangan.. ahakkkssss.. 

tapi ciknad rasa cara ciknad bercinta dulu macam orang-orang kuno je.. tak macam uols zaman sekarang.. ehh ciknad jaga batasan ok.. enjoy-enjoy gak tapi lepas kawin kita enjoy ler puas-puas.. tak gitu.. masa zaman cinta dulu tempat ciknad paling takut nak pegi adalah taman.. serius bukan apa macam-macam dalam fikiran.. takut kawin free je ke.. xmo lerrr dapat malu lagi ada ler.. sebab tu kalau dating asyik makan, tengok wayang, shopping.. pastu payah la nak post kat wall facebook pasangan kata " i love u" maluuu la... bukan isteri dah cakap camtu.. lain la dah kawin kan... letak gambar bersama kat facebook pun tidakk.. lepas tunang baru letak ok.. kuno tak.. hahahaha...

zaman sekarang ni siap gambar berpeluk-peluk ha ditayangkan kat fb.. puisi madah cinta tu tak payah nak kata la..penuh aje.. kalau bergaduh pun penuh kat situ juga... ehhh tak malu kah yang buat camtu.. semua orang boleh tengok.. nak marah pun takleh sebab tu tindakan kita.. tak gitu.. banyak sungguh perbezaan cinta.. zaman akan datang tak tau ler camner.. harap-harap anak-anak ciknad takde la camtu.. nak kapel no problem.. i will be sporting ibu tapi jaga batasan ye anak-anak :)

cikadoutttttt

Monday, April 23, 2012

KISAH MENGIDAM

baru ciknad tahu camner orang mengandung mengidam itu ini.. sebelum ni mendengar je la kisah-kisah mereka dan membantu selagi boleh..  bila kita mengidam sesuatu tu kita mmg terasa nak sangat cari benda tu n kalau tak dapat rasa macam kecewa walaupun mulut kata tak pe la nanti kita usaha cari lagi tapiii dalam hati lain..

sebenarnya ciknad tak terasa pun nak makan buah yang ciknad ngidam tu bila nampak di depan mata.. bila dah balik kedah tetiba teringat plak.. since hari khamis sebenarnya ciknad dah cari senyap-senyap.. pastu hari sabtu dah encik husband pun ada bersama lagi la giat usaha mencari tetapi misi gagal.. sampai keesokan harinya cari kat pasar tani pun tak jumpa juga.. alahaaaiii nasib..

dan rezeki ciknad juga, dengan rasa terharunya + sedih encik suami sanggup drive senyap-senyap pegi cari buah tu kat r&r bukit gantang masa ciknad ngah keja.. alahaiiii so sweet.. thanks a lot encik suami.. love u so much dan maaf kalau menyusahkan sampai camtu sekali.. nak kata drift bape kilo sejam tu usah ditanya.. mmg kompem drift sakan encik suami ni mentang-mentang encik putih baru lepas servis.. ciknad mmg takdapat tangkap plak kata-kata encik suami masa dia nak kuar g mencari buah itu.. bila lunch kol la mak crite pasal tu terus mak gtau.. naluri ibu kan.. sekali mmg betul.. kantoii encik suami walaupun paksa-paksa tanya kat mana beli tak nak gtau.. tapiii kan, petang tu kitaorang g ler pasar malam nak beli dinner.. sekaliii terpandang 1 kedai tu jual buah tu... ohh noooo.... sorry encik suami.. lagi murah lak tu kalau nak berbanding dengan perjalanan encik suami ke sana.. dah ler 1 kedai lak tu ada jual.. mmg betulla kata org kekadang benda tu senang je nak cari tapi bila kita nak takde rezeki..

apa-apa pun syukur dapat encik suami sebagai suami.. sangat-sangat menghargai apa yang dilakukan.. terima kasih banyak-banyak.. inilah buah yang ciknad nak itu...


cikadouuuttttttt

Sunday, April 22, 2012

ALHAMDULILLAH.. SYUKUR

Assalamualaikum..
cakkk... mulakan hari anda dengan senyuman ye walaupun pagi tadi dah kena injek dek doktor.. habis lenguh tangan belah kiri ni tapi doc cakap kena gerak-gerakkan sikit tangan karang lagi lenguh.. so, update blog salah satu senaman tangan kan..

Alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH SWT berkat kesabaran dan rezeki anak, akhirnya ciknad dah jumpa orang yang nak tukar suka sama suka ngan ciknad.. suka ke?? haruslaaaa.. dah lama menunggu saat-saat ini dan tak sangka ada juga orang nak bertukar dengan ciknad.. siap offer suh apply dok kuarters.. baikkan orang itu... sangat-sangat bersyukur.. reaksi my bos?? dia tak tahu lagi.. tapi dia nak sangat kan pengganti.. nahhh ambik kau ciknad dah ada pengganti lelaki lagi uolsss.. harap2 semuanya ok la.. seminggu dah kot tak berkomunikasi dengan bos ciknad since ada perang kecil pasal application transfer ni.. sangat tak professional langsung sebab pasal tu terus tak nak komunikasi.. ciknad seperti biasa tetap meneruskan kerjaya dengan jayanya.. kau xnak cakap, ciknad cakap gak tapi maklum balas adalah dingin.. iye pun tak hmm pun tak.. last2 memo kecik je la cara komunikasi.. tak pelah..sabar la ye lagi beberapa bulan lagi n ciknad kena kera keras menyetelkan segala tugas sebelum ke tempat baru.. yeaaaaaaaaaaa

tempat baru adalah putrajaya.. lagi la ciknad suka.. mmg tempat yang nak sangat minta pun.. tetiba kat fikiran ni terfikir bestnya duk rumah sendiri.. hanya ciknad & encik suami.. waaaaa..best2.. beli stok aiskrim + makanan macam2.. gilerrr arrr tak dok sekali lagi pun memacam dah pk.. tapi ini adalah kebenaran kalau ke tesco ke apa2 je la encik suami ciknad suka je dia kaut makanan macam2 sumbat dalam trolii tu.. makan idok pun.. last2 ciknad yang makan.. kuang kuang kuang.. nak masuk rumah baru teringin la nak buat open house.. tapi larat ke..errrr yang tu planning lain..

cikadouuttttttt..

Tuesday, April 10, 2012

MARI BELAJAR MENGIRA

emosi sesangat sentap ok.. yela-yela tau la orang preggy takleh nak sentap-sentap nanti effect kat baby, tapiiiiii kalau dah buat taik kat muka ciknad ni mana la tak sentap.. baru je ciknad feel nak menjadi pekerja yang cemerlang lagi terbilang untuk minggu ni.. spoil terus ok!!

ohhh mana tidaknya bila kita dengan sopan suntunnya cakap elok-elok dan memohon belas ikhsannya untuk mendapat pertimbangan mengenai keadaan kita,  boleh pulek kau mengira erk.. so sepantas halilintar la ciknad membidas balik.. masa tu tak kira dah, kau di kutub utara ciknad di kutub selatan.. ada aku kisah.. walaupun hakikat yang sebenarnya mmg nak kuar dah air mata kat situ dan pada masa tu juga.. memang dasar tak berperikemanusiaan.. mulai hari ni mmg ciknad akan start belajar mengira.. kau nak sangat kan ciknad berubah sikap.. kau tungguuuu ( kalau encik suami baca sure dia akan kata : dah lama abg pesan jangan berlembut sangat tapi tu ler orang dah pijak kepala baru la terasa..tu pun entah2 sekejap aje !_!)

dengan ini ciknad mengisytiharkan ciknad akan mengambil cuti pada hari khamis atas alasan cuti rehat.. ada kisah.. hak sendiri ..lagipun banyak lagi cuti ni.. bulan 9 dapat lagi 90hari.. hujung bulan ni nak juga lagi cuti.. biarlah tak cemerlang pun takpe..asalkan keja tiptop.. konsep permohonan adalah dengan meletakkan borang cuti sebelum balik kerja apabila semua orang sudah pulang.. kira mohon jugak kannnnnn

cikadouttttttttttttttt

Monday, April 9, 2012

COBAAN

Assalamualaikum!!
bersiaran kembali dengan menulis cerita hot lagi sensasi selama seminggu dok peram.. xsempat la uols nak menaip bagai ni, tapi status di facebook haruslah sentisa sempat kan :p 
ayoh baca list cobaan ciknad ni..layannnnn

COBAAN PERTAMA
pergi berkursus dengan semangatnya.. tak caye?? silalah percaya bahawasanya ciknad pegi dengan semangat yang tinggi lagi kental sebab orang lain pegi hari isnin ciknad pegi hari ahad... kannn terserlah kerajinan di situ :p padahal tak mau angkat beg sesorang + melayan mabuk ombak laut itu. kesusahan haruslah dikongsi bersama dengan yang tersayang.. kata sayang kannnn.. haruslah membuktikannya... kegembiraan itu hanyalah sementara sahaja sehingglah ciknad bertemu dengan partner bilik kat hotel ciknad berkursus itu... partner ciknad adalahhhhh "EX-KERANI" yang telah membuat taik dengan meninggalkan segala kerja yang sepatutnya dia buat.. huhuhu !_! sangat terkezut ok apabila membuka pintu bilik ternampak muka budak ituuu.. tak terkata-kata hanya mendiamkan diri dan bercakap dengan sorang lagi partner... nasib 1 bilik tu 3orang.. kalau tidak meroyan la ciknad.. ciknad syak dia mmg muka tebal giler ok sebab dia dah tahu yang dia buat taik ngan ciknad pastu leh lak buh nama 1bilik ngan ciknad... ciknad orang pertama buh nama dalam bilik tu... bukan dia takleh isi kat bilik lain.. boleh pilih uols.. kalau ikut hati nak je tukar bilik tu sekarang tapi nampak sangatla kan... so kupendam segalanya biarlah dia je merasa segala kesalahannya tapi ciknad tengok slumber je budak itu.. mmg dasar muka tembok la.. dah la yang paling geram pegi bercerita kat orang yang dia dpt transfer tak apply apa-apa pun..kol hanya tanya sekolah mana ada kosong terus dapat surat.. habis yang kau g telefon tu tak mohon ke namanya.. nak je ciknad lemparkan borang transfer budak tu  yang ada kat tempat keja ni.. tu tak cukup bukti lagi ke menyatakan yang dia memohon... emang dasar!! bak kata indon..

COBAAN KEDUA
sangat keciwa apabila mee sedap ciknad di rembat orang.. bukan setakat mee sedap tapi hot dog.. sos cili ciknad pun habis di rembat.. ciknad bukan jenis yang kedekut tapi bila orang buat taik ni mulalah ciknad nak kecoh... seminggu je kot xda kat kuarters.. bila orang dah suh buat mcam rumah sendiri jangan la naik lemak plak.. makanan dorang, dorang belasah sendiri tanpa menjemput.. makanan ciknad pun dorang belasah jugekkk.. apakah ini??? baru je feeling nak makan mee sedap bila balik keja nanti tetapi keciwa bila dirembat orang.. tu tak payah cakap lah part kebersihan. mmg outttt.. walaupun ciknad ni semakin malas perangainya tetapi kebersihan tu haruslah tanggungjawab bersama. ni dah la belasah makanan orang.. sampah pun xpernah buang.. ingat kuli ke ape ni... nasib minggu ni dorang last da.. last pun dah belasah semuala bak kata encik suami...huhuhuhu !_!

COBAAN KETIGA
bos ciknad dengan bangganya mengheboh satu kawasan bahawasanya dia baik hati telah sokong ciknad punya transfer... tapi adakah anda semua tahu bahawa dia tidak ikhlas melepaskan ciknad.. jikalau tidak, takdelah dia letak dngan bersyarat.. jangan harepp la dapat camtu.. pastu yang dia heboh-hebohkan itu adalah permohonan yang tidak berjaya.. yang kali ni masih belum ada tindakan lagi.. kebaikan nak sesangatlah heboh..bab keburukan meh ciknad pulak hebohkan.. rasaaaaiiinnnnnnnnn

cikadouttttttttttttttttt