Friday, December 30, 2011

UNTUNG LA

ciknad baru je balik dari daftarkan adik ciknad kat pusat tuisyen.. tu la pertama kali ciknad jejakkan kaki ciknad kat pusat tuisyen.. dah umur 23 tahun baru jejak.. sedih jugak rupanya nasib ciknad ni kan.. bila ciknad jejak tu ciknad rasa budak zaman sekarang sangat-sangat untung sebab bukan setakat tuisyen kat sekolah tapi sampai ke luar pun tuisyen.. peluang terbentang luas kat dorang.. kalau tak all out lagi tak tahu la ciknad.. sedarlah wahai adik-adikku sekalian..

dulu zaman ciknad takde nyer tuisyen-tuisyen bagai ni.. bergantung kat cikgu sekolah aje.. tu pun tak lah sekerap macam zaman sekarang ni.. yang lain belajar la sendiri.. gigih bangun awal pagi belajar sesorang.. tak da sape pun yang ajar.. sebab?? anak sulung.. mak ngan ayah ciknad tak berapa pandai sangat boleh tunjuk ajar, so kenalah berdikari sendiri.. sebab tu kekadang ciknad sentap bila adik-adik dok manja-manja gitu... bukan kedekut ilmu tapi suka sangat disuap itu ini tanpa berusaha..

akhir kata gud luck untuk semua pelajar... ikhlas daripada bekas pelajar.. sekian :)

No comments:

Post a Comment