Monday, December 19, 2011

MINI REUNION

fuhhhhhh fasa pertama untuk perlaksanaan skim baru ni da selesai cuma tinggal hantar borang je esok..alhamdullillah syukur.. perasaan lega tu memang ada walaupun tensen tu datang menghantui diri bila mula-mula kena settle itu ini.. masa yang limited n terpaksa berkorban waktu cuti demi menyiapkan keja..

suka melalut ke arah lain dulu kan.. kuang kuang kuang.. begini ceritanya... semalam adalah hari perkahwinan roomate ciknad masa zaman study kat sekolah teknik dulu kala.. congrate to sheley & khairul.. akhirnya kawin juga dorang ni.. tapi disebalik tujuan utama ciknad datang kenduri kawin sheley ni sebab nak jumpa dorang-dorang ni haaaaa


sangat-sangat rindu dengan dorang ni.. tapi dalam ramai-ramai tu hanya 2orang je geng bilik.. 2 lagi belah kiri tu bukan geng bilik tapi  "GENG NAKAL" atau lebih glemer dengan panggilan under18.. pasal ape under 18?? sebabnya masa tu kan belum habis sekolah lagi.. korang ada ke geng nakal macam ni.. sepatutnya geng under18 lagi ramai, hasil gabungan 3bilik.. apa-apa kesalahan 3bilik ni dulu la akan kena soal siasat.. nakal takla sangat.. tapi sikap suka mempertahankan diri tu yang buat selalu kena.. maklumla berani kerana benar..finy pun datang, roomate geng seangkatan yang dah tukar status jadi puan & bakal mak budak..congrate also to finy.. jangan risau ciknad dah suh finy hembus dia punya bunting itu.. hehehe.. tak lupa juga untuk syu yang bertudung kuning, congrate syu di atas khabas berita pertunangan anda :)

 terlebih over plak gegel kat tengah-tengah tu sampai suami pasrah ajo
 la dengan perangai si isteri.. :P


gambar geng bilik ciknad masa skolah teknik... tapi org depan yang dok hujung kanan n kiri adalah bukan geng bilik ciknad + ke-4 dari kiri di belakang.. yang lain semuanya geng bilik.. kalau jumpa lagi nanti ni habisla lupa lagi status puan.. baru jumpa bape kerat kecoh tu macam pasar malam.. masa ni baru dapat baju geng.. tempah khas tu..design sendiri ok.. almaklumla budak engineering :P


lagi budak-budak nakal.. teringat bila main lari-lari dengan warden masa malam merdeka.. kitaorg nak kira detik + tengok bunga api.. sekali warden menjerit suh masuk bilik.. lintang pukang lari masuk bilik.. dah la bilik dok tingkat 1 hujung sekali plak tu.. nasib baik selamat.. tapi esok tu tak selamat jugak.. hasilnya rotan di tangan ler.. huhuhu..

ehhh..dok cerita pasal kengkawan je lupa plak nak tempek gambar pengantin.. akhir kata selamat pengantin baru buat my lovely friend sheley and her husband khairul.. semoga bahagia hingga akhir hayat dan yang paling penting jangan potong line ciknad.. kalau tidak, ciknad kena buat part time :P



p/s : kalau nak tahu ciknad yang mana 1 dalam gmbar dulu kala cari la sendiri yer :P

No comments:

Post a Comment