Monday, December 26, 2011

26 DISEMBER

setahun yang lepas, pada tarikh inilah ciknad bersama encik suami telah disahkan sebagai tunangan orang setelah berkawan sejak 2008 dan berkapel sejak 2009.. keputusan yang diluar jangkaan sekali.. sebelum tu memang da banyak kali encik suami dok bagi hint-hint tapi diri ini masih lagi tak bersedia.. perasaan takut tu ada.. mampu ke seorang gadis yang otaknya sengal menjadi isteri kepada seorang lelaki dan ibu kepada anak-anaknya.. alhamdullillah, tanpa perancangan, persediaan hanya dalam masa 2minggu aje sebelum ke tarikh pertunangan.. bayangkan dalam masa 2minggu sahaja ok.. memang sangat mengejutkan.. sebelum tu memang ada la tanya pendapat beberapa orang dan kebanyakannya semuanya cakap keputusan yang giler dan menasihatkan postpone.. tapi ada ciknad kisah?? dok bertanya pendapat orang tapi langsung tak ikut.. ampun ye kepada penasihat..

suka pic yang dok tunduk tu.. nampak macam ayu je kan.. mekap and photographer adalah sangat-sangat bagus servisnya.. so kepada yang bakal-bakal pengantin ataupun nak mekap event pun boleh, contact kak sya ni kat fb dia LESTARY CHINTA STUDIO dan adik dia si photographer RAHMAT HIDAYAT .. 

cun kan hasilnya... soft aje mekap dia.. ciknad memang da pesan awal-awal kata takmo mekap tebal-tebal.. karang jadi macam opera cina pulaksss... hasil pencarian dalam masa seminggu melalui encik google sangat berbaloi.. syukur alhamdullillah.. kebetulan masa tu plak kak sya ni ada buat promosi.. dulang + alas, bunga tangan fresh flower, mekap, mini pelamin fresh flower, photographer with album dan juga baju semuanya rm1500.. semuanya adalah rezeki.. insyALLAH bak kata orang kalau niat ikhlas semuanya dipermudahkan.. 

 mini pelamin.. sangat cantik.. memang macam dalam impian.. i like...

 sepatutnya baju tunang ciknad warna krim.. tapi last minute kak sya mesej kata dia dah tempah baju lain untuk ciknad.. ramai jugak yang tanya ciknad tak takut ke tak pegi test baju tunang.. bagi ciknad itu tak perlu.. mereka tahu apa yang terbaik untuk kita dan bagi ciknad, ciknad tak suka nak susahkan orang.. alhamdullillah semuanya ok.. dan pada hari tunang tersarunglah baju seperti gambar di atas.. first client yang pakai baju ni dan hari pertama la juga test baju ni dan terus pakai untuk majlis tunang

 cincin merisik + cincin tunang.. tapi yang sedihnya cincin tunang sekarang tak tahu pegi mana.. hilang masa hari kahwin.. rindu sangat dengan cincin tu.. harap-harap jumpa la balik.. cincin ni pun ada kisahnya jugak.. tak sampai 24jam sarung kat tangan dah hilang.. merata mencari.. rupa-rupanya dok dalam kapet tebal auntie..huhuhu

 hantaran dari belah lelaki.. sama adil.. kalau si lelaki nak kasut ciknad pun nak kasut.. hahahaha

 hantaran dari belah ciknad.. kedua-dua hantaran adalah digubah penuh oleh kak emi (akak opis lama).. mak bapak datang semuanya da siap.. bagus kan...

 i miss the girl's so much.. huhuhu.. tq for everything

 nebes ok jumpa ramai giler orang.. dah la masa tu la pertama kali jumpa mentua + keluarga belah encik suami.. maluuuuuuuuu

tengokkkk... mesra kan menantu dengan mentua.. masa tu memasing tangan sejuk.. gabra ok.. memasing baru pertama kali jumpa dan memasing kompius jari mana nak buh cincin tunang jari mana buh cincin merisik.. last-last kitaorg hentam je.. ciknad kata masuk je belah itu ini.. asalkan sarung... sempoi tak... lalala

rombongan dari pihak laki da sampai.. tapi sebenarnya ciknad nak fokus kat makanan... yang tu je ada untuk menunjukkan makanan yang ada pada hari tu.. tetiba bapak boleh plak menyelit sambil peace no war.. hehehe.. menu pada hari tu adalah ayam masak kicap, sambal udang, gulai ikan talang, ulaman + sambal belacan, dadih jagung, air oren.. makanan 100% dimasak oleh maksu, bapak, emak dan ciknad sendiri.. hebat kan.. barang-barang semua dishopping kat topzella wangsa maju.. dan yang paling best makan dalam bekas polistrin.. harap maklum.. rumah limited edision.. so semuanya  adalah terhad :p

  ciknad ngan encik tunang... sekarang da encik suami :)

part of my family

No comments:

Post a Comment