Wednesday, December 28, 2011

TIPS PJJ

hari ni tergerak hati untuk share bersama tips PJJ.. tapi yang ni bukan pendidikan jarak jauh.. yang ni adalah PERKAHWINAN JARAK JAUH macam ciknad ni haa...FYI  membaca artikel-artikel yang berkaitan pun salah satu cara untuk memotivasikan diri.. so, kepada yang ada internet tu jangan facebook aje.. sesekali tu google la artikel yang memanfaatkan sebab ciknad rasa PJJ memerlukan keyakinan dan ketabahan diri yang sangat-sangat tinggi.. kerek la kan sebab sebelum ni takda suami tak pe je?? bukan nak mengada ye korang tapi percayalah apabila kamu dan kamu semua telah berumah tangga kehidupan kamu dan kamu semua akan berubah.. kalau boleh tu nak melekat 24hours.. tak caya?? kawin dan rasa la sendiri.. kepada yang da kawin betul kan.. so, gimmi ten :)

PJJ ni sebenarnya memang tidak digalakkan bagi pasangan suami isteri tetapi pada zaman sekarang ini, PJJ dah menjadi kebiasaan kerana faktor ekonomi yang semakin pesat membangun dan wang pulus juga sudah semakin rendah nilainya.. sape je yang suka duduk jauh-jauh ni.. bagi isteri macam ciknad ni terpaksalah berdikari semuanya dan kekadang memang terasa bersalah dan sedih la plak bila memikirkan si suami yang jauh di sana membuat semuanya sendiri walaupun dorang dah pun berkahwin.. oleh itu gb, sila lah paham keadaan saya (terselit jugak kemeroyanan itu).. diantara tips PJJ adalahhhhhhhhh

TIPS 1
KERAPKAN BERHUBUNG
contoh macam ciknad (ye la nak bagi contoh sape lagi dah memang diri sendiri merasai dan gila kuasa sebagai tuan blog ), kitaorg memang akan berhubung pepagi melalui email say hai, gud morning n etc.. kol masa lunch time.. kol masa balik keja.. kol masa malam.. kalau encik suami tak buat semua tu ciknad memang tak leh dok diam walaupun kekadang kita tahu yang dorang bz tapi memadai kalau sekadar tulis mesej.. kalau sibuk kata je sibuk dan ok faham.. tapi kalau senyap tu yang buat temperature naik jugak sedikit kekadang tu :p suami isteri PJJ sebaiknya tiap-tiap hari berhubung dan WAJIB.. lain la kalau suami or isteri tu sorang dok kat over da sea sorang dok kat medan ke..

TIPS 2
GUNAKAN FACEBOOK, SKYPE, YM, TWITTER ETC
bagi yang nak jimatkan kredit leh la guna laman sosial seperti di atas untuk berhubung dengan pasangan memasing.. tapi ciknad lebih suka guna skype.. leh kol free sambil tengok muka encik suami.. ehhh tak jugak free.. bil berukband still kena bayar.. ciknad memang suka paksa encik suami berwebcam dengan ciknad boleh la lepas rindu tapi ciknad tak plak berwebcam.. bukan tak nak, tapi webcam rosak.. so tak berdosa k..

TIPS 3
HUJUNG MINGGU
sebaik-baiknya luangkan masa bersama dengan berdua sahaja pada hujung minggu.. ye la dah seminggu sekali jumpa pastu tumpuan haruslah di beri selebihnya kepada pasangan.. kalau macam ciknad hari sabtu tu selalunya memang akan balik ke kuarters dan bukannya duduk di rumah parent melainkan ada hal-hal tertentu je. tapi kalau ikut nasihat 2minggu sekali berjumpa bagi yang PJJ untuk menjimatkan kos.. encik suami?? tiap-tiap minggu.. ye ciknad sangat bersyukur mempunyai suami seperti encik suami.. tq :)

TIPS 4
JUJUR
sifat jujur memang sangat penting dalam suatu perhubungan dan bukannya setakat di alam perkahwinan tapi di semua alam la perlu.. macam ciknad memang akan terus terang kalau ada sesuatu tak kena sebab bila kita pendam kita asyik fikir dan sampai bila-bila pun takkan selesai dan masa tu la kita berbincang dengan cara baik.. tapi ciknad merasakan kebanyak si isteri yang selalu berterus terang daripada si suami yang hanya lebih suka mendiamkan diri dan menjawab bila perlu saja..

TIPS 5
KERAPKAN BER SMS
yang ni ciknad rasa memang kurang kalau bagi ciknad sebab memang dari zaman cintan cintun kitaorg lebih kerap kol daripada bermesej.. mesej pun kalau duduk dalam bas.. dengar taklimat yang membosankan or menunggu baru la memasing bermesej tapi kalau untuk saja-saja memang tak.. bagi yang PJJ kekerapan ber sms juga perlu untuk mengeratkan lagi hubungan.. kalau tak tahu nak mesej apa cakap je " i love u"

TIPS 6
LAKUKAN WEBCAM, VIDEOCAM ETC
sesekali buat la webcam or videocam.. kekadang bila kita tengok muka pasangan kita hilang segala stress kat tempat keja sebab terubatnya rindu di hati  :) bagi yang xda internet boleh la 3G.. zaman sekarang kat hp semuanya da canggih... macam ciknad tiap2 hari webcam dengan encik suami kat skype.. maju gituuuuu

TIPS 7
SENTIASA PERCAYA
kepercayaan memang sangat penting dalam perkahwinan ni.. jangan terlampau cemburu sangat.. dan jangan menuduh sesuka hati.. banyakkan doa untuk kuatkan lagi kepercayaan kepada pasangan.. insyALLAH boleh..

sekian tips hari ini

No comments:

Post a Comment