Sunday, January 1, 2012

WISHLIST 2012

welkem 2012.. bye bye 2011.. ohhh nooo.. umur dengan jayanya telah meningkat lagi ke 1 nombor walaupun baru je menyambut besday.. so, tak kira la kan sebab tak sampai lagi besday.. kalau tengok blog memasing ngah bz dok update wishlist baru kan kat tepi blog tu.. ciknad pun nak tiru jugakkk macam korang walaupun blog ciknad ni takda la pemes cam blog orang lain.. ntah ada orang baca ke tidak.. tak kisah la...

masuknya 2012 ini, maka dengan sukacitanya ciknad melistkan wishlist ciknad dan harap-harap semuanya akan dapat ditunaikan.. aminnnn

WISHLIST 1
ciknad nak sesangat TRANSFER dan duduk dengan encik suami.. menjalankan tugas seorang isteri dengan sepenuhnya walaupun bekerja di siang hari.. zaman sekarang memang dah ramai isteri bekerja... bekerja bukannya penghalang untuk kita melakukan kewajipan sebagai isteri dengan baiknya.. kira kita ni wanita yang hebat kalau bekerja + menjadi suri rumah.. cayalahhh.. gimmi ten

WISHLIST 2
PREGNANT.. yang ni pun memang nak sesangat tapi semua tu rezeki ALLAH SWT bagi.. insyALLAH ada rezeki tu, tapi belum tiba masanya lagi.. so korang-korang semua janganlah bagi tekanan dengan menanyakan soalan yang dah sememangnya tahu jawapan.. nak buat camner rezeki belum ada lagi.. kalau ada rezeki nanti jangan risau ciknad akan umumkan.. bajet macam artis la pulakss :p


WISHLIST 3
menambahkan lagi ILMU yang cetek ni.. bukan setakat ilmu menghias diri, memasak dan bla bla tapi ilmu agama juga penting.. ciknad syukur dapat encik suami yang menjadi ustaz, cikgu disiplin dan kaunselor dengan jayanya.. kalau tidakkk, lingkuplah ciknad..

WISHLIST 4
DRIVE seperti pelumba kereta... ehh boleh ke camtu.. naik bukit pun ko.. ni nak drift la plak.. harap berjaya dengan jayanya..

sekian wishlist ciknad untuk tahun 2012... alhamdulillah 2011 banyak suka duka dalam hidup telah ditempuhi.. semoga 2012 akan datang lebih diberkati ALLAH SWT.. amin

No comments:

Post a Comment