Monday, January 2, 2012

ZAMAN BELAJAR VERSI POLITEKNIK

bila kebosanan melanda, mulalah tangan ni gatal nak menggodek apa yang ada kat dalam laptop ni.. nak main plants vs zombie dah main sampai habis level.. hebat x?? hehehe.. ciknad pun terbuka folder gambar yang ada kat dalam laptop ni.. memacam nama folder ada.. tapi ciknad tertarik nak buka folder housemate poli.. dah empat tahun berlalu masing-masing ada kehidupan tersendiri.. ohh rindunya dengan dorang bila la leh jumpa dengan dorang semua..meh ciknad perkenalkan housemate masa zaman poli dulu-dulu.. memang terbaik laaa


dari kiri namanya hasnah tapi nama panggilan adalah kak sen, tengah-tengah tu cikwani.. pelajar cemerlang tu.. tiap-tiap sem dapat dekan ok.. dan yang ujung sekali adalah kak tirah.. kak tirah hanya duduk sekali masa sem 2 je.. sebab lepas sem 2 kitaorang pindah umah lain, cuma kak tirah je bermastautin kat rumah lama.. tapiiii walaupun berbeza umah sewa kak tirah selalu lepak-lepak ngan kitaorang dan buktinya gambar kat atas adalah kat kfc masa besday party kak tirah.. 100% di sponser oleh encik abg kak tirah yang sekarang da dah menjadi encik suami kak tirah..



3sekawan yang berkongsi bilik study sama-sama dan kepala otak yang gila-gila.. dari kiri lain tak bukan of kos la ciknad kannn.. yang tengah tu cik sya dan hujung tu cik eza.. cik sya & cik eza sekelas.. dorang kos kejuruteraan elektrik ciknad je keseorangan kos kejuruteraan mekanikal.. gambar ni plak adalah masa besday party kak sen kat pizza hut.. best kan hidup kitaorang masa zaman study..dan dalam rumah sewa haruslah ada presidennya.. memperkenalkan presiden rumah sewa ciknad...tarrraaaaa


ni lah presiden rumah sewa ciknad.. dulu kitaorang memang panggil dengan panggila "pre" singkatan kepada presiden.. tapiiiii sejak dia telah berjumpa dengan kekasih hatinya maka panggilan itu kini telah ditukar kepada cik fa..

rumah sewa ciknad penghuninya adalah 6orang aje iaitu ciknad, cik eza, cik sya, cik wani, cik fa & kak sen.. sejak dulu memang da panggilan depan ada "cik" tu sampai sekarang terbawa-bawa dengan panggilan ciknad.. rumah sewa ada 3 bilik.. tapi bilik tu hanyalah tempat untuk tido di siang hari dan juga study.. mesti heran kan waktu malam tido kat mana.. waktu malam kami berjemaah beramai-ramai tido bentang toto kat ruang tamu.. dan tempat tido ciknad mesti di tengah-tengah diapiti cik eza ngan cik sya.. habislah ciknad kena lenyek.. tu yang kurus masa zaman study. alasan :p indah kan suasana begitu..


ni salah satu hidangan yang kitaorang masak.. perkara wajib pegi tiap-tiap minggu adalah shopping di yawata.. ye la, tempat yang terdekat kat situ nak beli barang-barang masak yawata aje la.. best naik motor beramai-ramai pastu penuh la raga motor tu dengan barang.. sampai rumah tengok resit bahagi sorang sikit untuk bayaran.. geng-geng rumah ciknas 100% bab makan langsung tak berkira.. asal ada bahan, on aje masak.. time ni masa besday cik eza.. kuih di atas adalah hasil ulian tangan ciknad ye.. tetiba nak glemer sekejap...


gambar ni la kenangan ciknad pernah pegi ke menara alor star.. selama umur 20an masa tu, tak pernah ciknad  pegi ke menara alor star tapi masa sem last tu la ciknad berkaya jugak naik sampai ke atas.. tu pun dah malam.. bayaran usah ditanya, sebab ciknad dah lupa.. kalau nak tau cari aje kat google ok..


 sem last jugak lah, kami sewa kereta pegi perlis.. yang tu jugak lah pertama kali ciknad pegi.. banyak betul kawan-kawan ciknad ajar... berkelah di gua kelam sangat menyeronokkan.. siap bawa periuk nasi + makanan yang banyak sangat.. sampai penuh la bonet keta.. nasib baik masa tu sewa avanza..hehehe




ni parti buih masa lastday kami semua sebagai student kat politeknik muadzam shah.. gigih mencari kek ke alor star naik motor beramai-ramai.. tempat parti buih diadakan adalah di tasik jitra.. sepanjang bergelar student hanya 2x je ciknad pernah pegi..first masa sem 2, berjoging bersama housemate dan second masa parti buih ni.. conclusionnya masa zman belajar saya adalah seorang budak yang baik.. boleh tetiba riak cenggitu.. apa pun ciknad rindu dengan dorang semua.. muahhhhh


No comments:

Post a Comment