Friday, February 10, 2012
terkezut?? tetiba dah back to normal update blog tetiap hari.. sila jangan terpedaya ini hanyalah sementara saja n untuk entry ni pun ambik masa berjam-jam nak karang... bila taip sikit rasa cam lenguh pastu nak baring.. taip sikit nak baring lagi pastu jadi cam blurrr nak tulis apa ni erk sebab terlalu banyak stop.. saja nak share ngan korang weekend ni ciknad single lagi.. ni kali ke2 ciknad single masa weekend sepanjang perkahwinan ciknad.. perasaan?? yang dulu yer sentap tapi kali ni tak sentap pun cuma ada la sikit selit-selit kesedihan itu.. biasalah ibu mengandung kan..mestilah emosi tu uncontrol.. alasan kannn padahal tetiap masa beremosi.. kalau ikutkan mmg nak ler encik suami balik tapi ciknad taknak la kejam sangat sebab encik suami baru je sangat cuti panjang dan ciknad taknak dia membazirkan cuti dia.. baik encik suami menghabiskan cuti masa ciknad bersalin nanti sebab time tu mmg ciknad sangat-sangat memerlukan dia.. tak gitu.. dahla ciknad ni insan yang lemah.. kena ambik darah pun takut giler.. nasib encik suami paham dok sebelah, ciknad leh la peluk-peluk dia.. bukan mengada-ngada tapi ciknad mmg memerlukan kekuatan itu.. sebab tu ciknad tak mau buat check up kat area tempat keja dan pilih hari ahad untuk check up.. biarlah bab ni mmg ciknad taknak berdikari.. ciknad sekarang ni kan kompius gak ni antara mengidam ngan teringin.. dulu masa tak mengandung pun teringin nak makan itu ini.. tu yang kekadang tahankan hati.. ikutkan rasa macam banyak je nak makan tapi tak mau la membazir.. tambah-tambah keadaan sekarang rasa nak makan tapi ciput aje yang dimakan.. kesian makanan tu.. huhuhu.. sekian coretan dari ibu yang single pada weekend ni..zasss
Thursday, February 9, 2012
hai semua!! i'm back setelah lama menyepi.. bukan takde story nak diceritakan.. banyak sesangat story yang nak disharekan dengan korang-korang sampai dah ada 2 sambungan entry kena hold.. tapiiiiiii yang sebenarnya ciknad malas... ehhh tak... tak larat la nak menaip... asyik malas aje..nak buat itu ini pun malas apatah lagi nak menaip ni.. nak pk itu ini pun malas.. skrang hati sudah jadi batu.. lantak lah apa nak jadi.. taknak kisah.. semua tu atas sebab alasan yang kukuh so korang-korang takyah la nak sentap-sentap ngan ciknad ok.. meh-meh ciknad explain..
dah tahu kannnn... alhamdulillah... satu wishlist dah tercapai tahun ni..tinggal 3 lagi... so sediakan hadiah besar ok bulan 9 ni untuk anak buah korang ok.. bila dah tahu habis la citerkan.. k bubuiii nak baring-baring
Friday, January 20, 2012
morning korang!! mentang-mentang dah cuti pepagi buta dah update blog kannn.. kali ni ciknad hold dulu yerk citer pasal cuti-cuti kat sarawak tu.. habislah dah 2entry sambungannya ciknad hold.. nampak sangat bukan penulis blog yang konsisten kan.. takpela sabar itu separuh dari iman.. so tunggu aje la k.. hehehe
ciknad sebenarnya sentap ok dengan beberapa orang individu ni.. ciknad bukan nak mengungkit cuma kekadang rasa macam menyesal bila menolong dorang suatu ketika dahulu.. ish tak baik mengungkit kan.. tapiiii ciknad tolong tu ikhlas cuma bila dorang dah buat taik, ciknad mulalah nak naik hantu.. selama ni bila mengadu kat emak ciknad, ciknad kena balik.. tapi alhamdulillah.. ALLAH MAHA ESA.. emak dah tahu kebenaran dan mak pun malas dah nak layan dorang-dorang tu.. tq encik suami sebab selalu menjadi penenang kepada ciknad bila ciknad mengadu sambil nangis-nangis nasib ciknad suatu masa dulu..
kalau korang sentap tak bila individu tu dari keluarga korang sendiri yang buat camtu.. bila susah muka-muka di belah sini jugak yang menolong.. belah sana?? haremmm.. tetttt.. kan dah terkeluar.. bila dorang senang jangankan mesej korang dia tak layan.. korang sekali pun dia tak peduli... habiskan duit dengan enjoy.. pastu balik ke belah sana.. belah korang?? tidakkkk jugakkk... bila dah kembali susah mengadu domba kat belah sini balik.. tak tolong kesian, bila tolong kenangkan waktu senang.. sangat sakit hati!!! bukan nak kesenangan tu untuk dikongsi bersama tetapi penghargaan dan perangai tu haruslah jangan macam jadi macam itu..
bagi sesetengah orang mungkin mulut ciknad ni macam bom atom.. tak semuanya sempurna.. tapi serius kali ni memang ciknad dah tak tahan sangat.. patut luahkan.. kalau ikutkan panjang lagi nak buat karangan tulis apa yang dirasai.. apa-apa pun ciknad sayang kat mak individu tu.. she is the best part of family that i have sebab tu kekadang ciknad tak sampai hati nak buat sesuatu yang diluar jangkaan..takut terasa.. tapi benda ni dah melampaui batas dan patut disedarkan.. dan kepada individu itu beringatlah.. bersusah dahulu.. bila senang harus beringat.. jangan sampai tak ingat dunia sebab tu bila kita susah.. haaaa..sendiri rasala macam mana peritnya.. yang paling ciknad sedih bila mak ciknad bagi duit kat mak individu tu untuk diri sendiri tapiiii duit tu dah diberi kepada anak yang sepatutnya dah boleh menanggung diri sendiri.. what?? apasal bukan si ayah yang memberi.. kenapa si emak yang perlu memberi sedangkan si emak pun menerima.. itulah kasih seorang emak.. susah pun tak apa..tapi si anak?? lu pk la sendiri
Saturday, January 14, 2012
seperti yang telah ciknad janjikan, jom kita sama-sama review pasal percutian ciknad yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk korang plak kan sebab ciknad g sana sini pun kebanyakan panduan dari blog.... kali ni alhamdulillah rezeki dapat jugak sampai ke bumi kenyalang.. tu pun book tiket masa bulan 3 tahun 2010.. gigih nak jugak pegi.. dahla 2hari sebelum nak pegi sana kat news ada plak citer pasal banjir kilat + hujan xberhenti-henti.. lagi cuak la kami semua, takkan lah penungguan hampir setahun berlalu begitu saje kan (*_*)! syukur semuanya berjalan dengan lancar..aminn
menu malam pertama di bumi kenyalang.. ayam panggang berempah di kubah ria.. kalau dari Petrajaya belah kanan n kalau dari kuching belah kiri.. betul-betul tepi dengan sungai.. pemandangan malam yang sangat cantik.. gambar pemandangan itu tak da sebab hujan + kebuluran yang teramat sampai makan tak hengat dunia..hehehe.. kalau zaman dulu-dulu kat sini femes ayam madu, mak ciknad la kata.. tapi sekarang femes ayam panggang berempah.. mabeles jugak sampai boleh terbawa-bawa dalam tido bak kata auntie ciknad.. ada sekali sotong bakat tapi liat... kalau nak mencuba boleh la tapi jangan dalam kuantiti yang banyak okey..
cuci mata di malam hari ambik mood sarawak kitak dengan berjalan-jalan sepanjang waterfront.. tapi tak best..cuaca sekajap hujan sekejap tak :( malam-malam kat waterfront ni ada jugak persembahan dorang main alat muzik sarawak.. kalau untuk lepak-lepak bolehla layan sebab free of charge.. kalau nak jalan memalam ke tempat lain tak payah la yerk korang sebab kuching ni bila waktu malam tak berapa nak meriah macam kuala lumpur.. sunyi aje.. so apa lagi... balik homestay dan ZzZzZz
PERJALANAN KE KUALA LUMPUR
malam 6hb Januari kitaorang (ciknad, mak, adik laki no3 dan adik bongsu) berangkat ke kuala lumpur.. naik bas je.. senang sikit..leh ZzZzZ.. kali ni siap bawa kain selimut.. selesa la sikit kan.. kalau bas memang ciknad cadangkan naik "transnasional" ..sebabnya adalah mmg go straight to the point je bas ni.. kalau bas lain melencong sana sini.. servis mmg bagus walaupun kadang kala ada jugak yang hampes tapi semua tu dugaan kannn.. terpaksalah hadapi..
HARI PERTAMA
bermulalah perjalanan kami ke bumi kenyalang.. dari rumah auntie kitaorg jalan kaki n then naik lrt.. jimat la sikit kan..dari nak naik teksi ntah bape dorang charge.. pastu terus ke KL SENTRAL ambik bas.. macam-macam bas yang ada kat sana..leh pilih ikut suka..tapi kalau ciknad pilih yang mana jalan dulu.. harga pun xdala memasing beza.. kalau beza pun rm1 je.. ciknad naik bas yang kaler kuning.. sorry lupa nama.. harap dimaafkan.. harga rm8 sorang dewasa, rm4 sorang kanak-kanak.. kalau skybus yang kaler merah tu harga dia rm9.. yang mana ok?? ciknad rasa sama aje..asalkan selamat sampai.. tak gituuuu
flight ke bumi kenyalang.. masa dok tunggu flight asal nak flight semua dok kata ha tu la flight kita.. last-last yang di depan mata tu haaa flight kami.. dah lama tak naik nampak macam besar je kan..
selamat tiba di kuching international airport.. alhamdulillah... walaupun pilot tu masih dalam tempoh percubaan sampai bergegar flight masa naik selamat jugak kami sampai.. ciknad ingat masa dlm flight ciknad je yang cuak sebab ciknad rasa cara dia naik tu mmg sangat kasar sampai gegar n masa turun pun sama... rupa-rupanya mak ngan auntie pun sama..
ni keta sewa kami.. ambik myvi je..muatlah kami berenam.. 2 kat depan 4 kat belakang.. pakej sekali ngan umah sewa..kereta ni RM100 sehari.. sangat berbaloi-baloi.. minyak pun jimat.. isi RM50 sampai ke last masih ada 3bar lagi.. padahal masa ambik tu minyak mmg kering kontang n kami pun banyak berjalan ke sana sini.. mak kata sedekah aje la kat next rental.. amin.. murah rezeki
ni la keadaan homestay kitaorg.. last minute punya keputusan.. mmg pada awalnya nak tido hotel tapi bila dipikirkan balik sebilik hotel je dah lebih kurang sama dengan sebuah homestay.. so gigih dengan encik suami mencari dekat mudah.com rumah sewa sekali ngan pakej keta sewa.. mula-mula sampai je kat homestay ni satu keta la membebel alahaii baik book hotel je camni.. keadaa diluar homestay dengan ada bas sekolah tuan rumah nyer + mmg kalau tengok tak menarikla.. bila tuan rumah buka pintu rumah, sekali tengok... haaa kauuuu.... berbaloi ok sewa homestay.. semuanya lengkap.. bilik ada 2.. setipa bilik ada 1 katil queen + 1 katil single.. bilik air n toilet pun ada 2 jugak.. dapur pun tip top..semuanya ada.. homestay ni terletak dekat ngan "Petrajaya".. dekat la jugak dengan bandar kuching lebih kurang 10 minit gitu la.. so kepada yang nak menyewa homestay boleh la cari orang ni
menu malam pertama di bumi kenyalang.. ayam panggang berempah di kubah ria.. kalau dari Petrajaya belah kanan n kalau dari kuching belah kiri.. betul-betul tepi dengan sungai.. pemandangan malam yang sangat cantik.. gambar pemandangan itu tak da sebab hujan + kebuluran yang teramat sampai makan tak hengat dunia..hehehe.. kalau zaman dulu-dulu kat sini femes ayam madu, mak ciknad la kata.. tapi sekarang femes ayam panggang berempah.. mabeles jugak sampai boleh terbawa-bawa dalam tido bak kata auntie ciknad.. ada sekali sotong bakat tapi liat... kalau nak mencuba boleh la tapi jangan dalam kuantiti yang banyak okey..

Friday, January 13, 2012
hai korang!! sorry baru nak munculkan diri.. bukan malas tapi sebenarnya masih dok pening-pening lalat akibat naik belon (alasan je semua tu kannn) alhamdulillah ciknad sekeluarga selamat balik dari cuti-cuti malaysia dan conclusionnya adalah best!! walaupun cuaca hujan memanjang.. nanti ciknad citer pasal percutian ni kat next entry ok..
semalam buat pertama kalinya ciknad memalam buta keluar ke kulim dengan kengkawan.. takde la malam buta sangat lepas solat maghrib terus keluar n then sampai rumah pun dalam kul 11.30 malam.. bagus kan, muslimah sejati gitu.. teman kengkawan cari rak kat giant sebab rumah sewa dorang penuh ngan anai-anai so kali ni beli yang besi plak..biar patah gigi si anai-anai itu..kihkihkih...dalam dok teman dorang teringat plak zaman masa dok rumah sewa kat putrajaya.. best suasana camtu...meriah sentiasa tak macam rumah sewa kedua (selepas memasing ada yang dah kawin dan ada yang dah tukar tempat keja ) dengan rumah sekarang.. bosan yang amat!! sunyi okey!!
semalam buat pertama kalinya ciknad memalam buta keluar ke kulim dengan kengkawan.. takde la malam buta sangat lepas solat maghrib terus keluar n then sampai rumah pun dalam kul 11.30 malam.. bagus kan, muslimah sejati gitu.. teman kengkawan cari rak kat giant sebab rumah sewa dorang penuh ngan anai-anai so kali ni beli yang besi plak..biar patah gigi si anai-anai itu..kihkihkih...dalam dok teman dorang teringat plak zaman masa dok rumah sewa kat putrajaya.. best suasana camtu...meriah sentiasa tak macam rumah sewa kedua (selepas memasing ada yang dah kawin dan ada yang dah tukar tempat keja ) dengan rumah sekarang.. bosan yang amat!! sunyi okey!!
ciknad ngan kak midah.. puas atur time nak pegi pesta bunga ni.. akhirnya dapat juga pegi ngan kak midah n kak wani.. tahun 2008 terlepas tahun 2009 alhamdulillah sempat.. tahun 2010 memasing dah dok umah sewa lain :( pegi ngan pakwe aje la :p
kak wani n kak midah.. jurukamera adalah rotate sebab 3org...
tangan adik haruslah kedua-duanya..akak-akak kena beralah..pertama kali dalam seumur hidup pakai henna ni..saja nak menggatal try-try pakai sebab tau sekejap je henna ni hilang.. masa kawin no no no..
orang yang tak kawin lebih excited plak...ehehe..masa ni teman kak midah mencari idea untuk majlis kawin dia nanti..ciknad ngan kak wani ni peneman aje..
besday ciknad ngan kak midah sama bulan.. besday kak ina ngan kak wani pun sama bulan..so kitaorg decide tggu besday semua baru celebrate..jimat.. hahaha
akhirnyaaaa..ada jugak gambar kami berempat.. dari kiri kak wani, kak midah, kak ina dan ciknad.. kak ina roomate ciknad.. the best roomate yang pernah ciknad ada..sama-sama kongsi itu ini.. walaupun umur banyak beza tapi sporting habisss.. cuma ciknad sentap lepas dia balik kota bharu dia suka mendiamkan diri.. habis air mata kami masa pegi hntar kak ina kat stesen bas.. masa hntar tu kontrol lagi.. lepas hntar naik keta memasing nangis.. (!_!)
sila abaikan body yang mantap itu.. itulah hasilnya bila duduk satu rumah yang kepala gila-gila sampaikan pukul 12 pun boleh pegi mengadap peti ais.. asalkan ada bahan mesti adala acara masak-memasak di tengah malam..
sekian cerita muda mudi ciknad..cau cin cau
Saturday, January 7, 2012
Friday, January 6, 2012
stop sekejap yerk citer pasal "kisah cinta saya" .. otak malas nak berfikir untuk mengenang kembali memori daun pisang yang lalu dan seterusnya share kat korang.. ampunnn (*_*) orang lain nak berblog diri sendiri pun nak berblog tapi malas plakkkk.. ada sesapa tahu tak jenis penyakit bila orang tu rasa sakit kat bahagian ari-ari ( sape yang perempuan tahu la.. kepada yang lelaki tak salah membaca untuk tambah pengetahuan ) ciknad dah seminggu lebih dok rasa sakit tapi takda la berterusan sebab tu decide malas lagi nak jumpa doktor walaupun encik suami da bebel bla bla bla .. ciknad agak sebab perubahan hormon ye la perempuan-perempuan yang dah kawin ni hormon selalu berubah-rubah dan mungkin salah satu tanda-tanda awal nak kena angkat bendera jepun.. tak gituuuu.. bila tanya dengan mak, mak plak kata maybe sebab selalu dok angkat barang-barang berat sebab tu terasa sakit di situ.. ciknad kompius lalu saja la godek-godek kat google n then ciknad jumpa antara kemungkinan penyakit yang ciknad hadapi sekarang..
1. PERANAKAN TURUN
2. KENCING KOTOR
3. ENDOMETRIOSIS
ada lagi banyak tapi malas nak taip..google sendiri la yerk.. k ciknad nak beristirehat sudah...bubyeeee
Subscribe to:
Posts (Atom)



