Sunday, April 22, 2012

ALHAMDULILLAH.. SYUKUR

Assalamualaikum..
cakkk... mulakan hari anda dengan senyuman ye walaupun pagi tadi dah kena injek dek doktor.. habis lenguh tangan belah kiri ni tapi doc cakap kena gerak-gerakkan sikit tangan karang lagi lenguh.. so, update blog salah satu senaman tangan kan..

Alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH SWT berkat kesabaran dan rezeki anak, akhirnya ciknad dah jumpa orang yang nak tukar suka sama suka ngan ciknad.. suka ke?? haruslaaaa.. dah lama menunggu saat-saat ini dan tak sangka ada juga orang nak bertukar dengan ciknad.. siap offer suh apply dok kuarters.. baikkan orang itu... sangat-sangat bersyukur.. reaksi my bos?? dia tak tahu lagi.. tapi dia nak sangat kan pengganti.. nahhh ambik kau ciknad dah ada pengganti lelaki lagi uolsss.. harap2 semuanya ok la.. seminggu dah kot tak berkomunikasi dengan bos ciknad since ada perang kecil pasal application transfer ni.. sangat tak professional langsung sebab pasal tu terus tak nak komunikasi.. ciknad seperti biasa tetap meneruskan kerjaya dengan jayanya.. kau xnak cakap, ciknad cakap gak tapi maklum balas adalah dingin.. iye pun tak hmm pun tak.. last2 memo kecik je la cara komunikasi.. tak pelah..sabar la ye lagi beberapa bulan lagi n ciknad kena kera keras menyetelkan segala tugas sebelum ke tempat baru.. yeaaaaaaaaaaa

tempat baru adalah putrajaya.. lagi la ciknad suka.. mmg tempat yang nak sangat minta pun.. tetiba kat fikiran ni terfikir bestnya duk rumah sendiri.. hanya ciknad & encik suami.. waaaaa..best2.. beli stok aiskrim + makanan macam2.. gilerrr arrr tak dok sekali lagi pun memacam dah pk.. tapi ini adalah kebenaran kalau ke tesco ke apa2 je la encik suami ciknad suka je dia kaut makanan macam2 sumbat dalam trolii tu.. makan idok pun.. last2 ciknad yang makan.. kuang kuang kuang.. nak masuk rumah baru teringin la nak buat open house.. tapi larat ke..errrr yang tu planning lain..

cikadouuttttttt..

Tuesday, April 10, 2012

MARI BELAJAR MENGIRA

emosi sesangat sentap ok.. yela-yela tau la orang preggy takleh nak sentap-sentap nanti effect kat baby, tapiiiiii kalau dah buat taik kat muka ciknad ni mana la tak sentap.. baru je ciknad feel nak menjadi pekerja yang cemerlang lagi terbilang untuk minggu ni.. spoil terus ok!!

ohhh mana tidaknya bila kita dengan sopan suntunnya cakap elok-elok dan memohon belas ikhsannya untuk mendapat pertimbangan mengenai keadaan kita,  boleh pulek kau mengira erk.. so sepantas halilintar la ciknad membidas balik.. masa tu tak kira dah, kau di kutub utara ciknad di kutub selatan.. ada aku kisah.. walaupun hakikat yang sebenarnya mmg nak kuar dah air mata kat situ dan pada masa tu juga.. memang dasar tak berperikemanusiaan.. mulai hari ni mmg ciknad akan start belajar mengira.. kau nak sangat kan ciknad berubah sikap.. kau tungguuuu ( kalau encik suami baca sure dia akan kata : dah lama abg pesan jangan berlembut sangat tapi tu ler orang dah pijak kepala baru la terasa..tu pun entah2 sekejap aje !_!)

dengan ini ciknad mengisytiharkan ciknad akan mengambil cuti pada hari khamis atas alasan cuti rehat.. ada kisah.. hak sendiri ..lagipun banyak lagi cuti ni.. bulan 9 dapat lagi 90hari.. hujung bulan ni nak juga lagi cuti.. biarlah tak cemerlang pun takpe..asalkan keja tiptop.. konsep permohonan adalah dengan meletakkan borang cuti sebelum balik kerja apabila semua orang sudah pulang.. kira mohon jugak kannnnnn

cikadouttttttttttttttt

Monday, April 9, 2012

COBAAN

Assalamualaikum!!
bersiaran kembali dengan menulis cerita hot lagi sensasi selama seminggu dok peram.. xsempat la uols nak menaip bagai ni, tapi status di facebook haruslah sentisa sempat kan :p 
ayoh baca list cobaan ciknad ni..layannnnn

COBAAN PERTAMA
pergi berkursus dengan semangatnya.. tak caye?? silalah percaya bahawasanya ciknad pegi dengan semangat yang tinggi lagi kental sebab orang lain pegi hari isnin ciknad pegi hari ahad... kannn terserlah kerajinan di situ :p padahal tak mau angkat beg sesorang + melayan mabuk ombak laut itu. kesusahan haruslah dikongsi bersama dengan yang tersayang.. kata sayang kannnn.. haruslah membuktikannya... kegembiraan itu hanyalah sementara sahaja sehingglah ciknad bertemu dengan partner bilik kat hotel ciknad berkursus itu... partner ciknad adalahhhhh "EX-KERANI" yang telah membuat taik dengan meninggalkan segala kerja yang sepatutnya dia buat.. huhuhu !_! sangat terkezut ok apabila membuka pintu bilik ternampak muka budak ituuu.. tak terkata-kata hanya mendiamkan diri dan bercakap dengan sorang lagi partner... nasib 1 bilik tu 3orang.. kalau tidak meroyan la ciknad.. ciknad syak dia mmg muka tebal giler ok sebab dia dah tahu yang dia buat taik ngan ciknad pastu leh lak buh nama 1bilik ngan ciknad... ciknad orang pertama buh nama dalam bilik tu... bukan dia takleh isi kat bilik lain.. boleh pilih uols.. kalau ikut hati nak je tukar bilik tu sekarang tapi nampak sangatla kan... so kupendam segalanya biarlah dia je merasa segala kesalahannya tapi ciknad tengok slumber je budak itu.. mmg dasar muka tembok la.. dah la yang paling geram pegi bercerita kat orang yang dia dpt transfer tak apply apa-apa pun..kol hanya tanya sekolah mana ada kosong terus dapat surat.. habis yang kau g telefon tu tak mohon ke namanya.. nak je ciknad lemparkan borang transfer budak tu  yang ada kat tempat keja ni.. tu tak cukup bukti lagi ke menyatakan yang dia memohon... emang dasar!! bak kata indon..

COBAAN KEDUA
sangat keciwa apabila mee sedap ciknad di rembat orang.. bukan setakat mee sedap tapi hot dog.. sos cili ciknad pun habis di rembat.. ciknad bukan jenis yang kedekut tapi bila orang buat taik ni mulalah ciknad nak kecoh... seminggu je kot xda kat kuarters.. bila orang dah suh buat mcam rumah sendiri jangan la naik lemak plak.. makanan dorang, dorang belasah sendiri tanpa menjemput.. makanan ciknad pun dorang belasah jugekkk.. apakah ini??? baru je feeling nak makan mee sedap bila balik keja nanti tetapi keciwa bila dirembat orang.. tu tak payah cakap lah part kebersihan. mmg outttt.. walaupun ciknad ni semakin malas perangainya tetapi kebersihan tu haruslah tanggungjawab bersama. ni dah la belasah makanan orang.. sampah pun xpernah buang.. ingat kuli ke ape ni... nasib minggu ni dorang last da.. last pun dah belasah semuala bak kata encik suami...huhuhuhu !_!

COBAAN KETIGA
bos ciknad dengan bangganya mengheboh satu kawasan bahawasanya dia baik hati telah sokong ciknad punya transfer... tapi adakah anda semua tahu bahawa dia tidak ikhlas melepaskan ciknad.. jikalau tidak, takdelah dia letak dngan bersyarat.. jangan harepp la dapat camtu.. pastu yang dia heboh-hebohkan itu adalah permohonan yang tidak berjaya.. yang kali ni masih belum ada tindakan lagi.. kebaikan nak sesangatlah heboh..bab keburukan meh ciknad pulak hebohkan.. rasaaaaiiinnnnnnnnn

cikadouttttttttttttttttt

Tuesday, March 27, 2012

MAKANAN FAVOURITE

bercerita tentang makan favourite ni memang tersangatlah bestkan.. kalau ikut list memang banyak makanan dah tersenarai.. tapi makanan ini jugak yang menjadi favourite utama

 

makanan yang bernama soto ini telah menjadi kesukaan 1 family ok.. tiap kali raya soto menu wajib sampai mak ciknad dah boring nak buat menu yang sama.. tapi apakan daya, raya pertama rumah diserbu hanyalah kerana soto.. ada yang siap tapau bawa balik sekali ok.. mengancam kannnnn.. sekali kalau mak ciknad masak nan ado la sekor ayam macam ciknad masak kat kuarters hari ni.. sekali masak 12 ekor ayam.. kaya tokey ayam tu kalau time raya sorang je dah beli 12 ekor.. tak gituuuu

maafkan lah gambar soto yang tak colourful langsung.. almaklumlah tukang masak tu tak suka sebarang bendasing yang mengganggu deria rasanya sehingga boleh membantutkan penambahan makanan yang berulang kali.. macam hari ni 2x tambah.. nasib baik baby pun tak push ibu dia suh keluarkan balik makanan yang dimakan.. baiknyer anak ibu kan.. hehehehe.. kalau dulu kat putrajaya memang akan beli kat pakcik kona mai pasar malam tu.. tapi sekarang kat kedah sangatlah susah nak mencari orang membuat kuah soto yang sebenar.. kuah sup ada la.. 

tetiba terasa nak makan lagi ni.. ohh nooo kali ke-3 dah.. abaikan aje..cikadouttttt

Monday, March 26, 2012

ACTION BACK

Assalamualaikum...

haiiiiiii!!!!! kembali menulis setelah sebulan rasanya tak berblog disebabkan tak tahu la apa puncanya bila nak buka blog ni naik has been removed... apakah?? bila masa plak ler ciknad nak remove blog... keheranan sebentar.. setelah keboringan yang terlampau di pejabat ketika waktu petang akhirnyaaaaaaa ciknad dapat kembali menulis hasil dari godekan yang ntah hape-hape.. banyak yang nak diceritakan setelah lama tak menulis.. pasal keja yang kekadang sesangatlah stress.. pasal application transfer yang tidak diluluskan (!_!).. pasal kehidupan itu ini.. pasal pregnancy.. pasal macam-macam tapi tak tahu dari mana nak mulakan sebab terlampau banyak sangat benda yang berlaku sebulan ni.. nanti la ciknad update untuk next entry ok.. cikadoutttttttt

Friday, February 10, 2012

WEEKEND YANG SINGLE

terkezut?? tetiba dah back to normal update blog tetiap hari.. sila jangan terpedaya ini hanyalah sementara saja n untuk entry ni pun ambik masa berjam-jam nak karang... bila taip sikit rasa cam lenguh pastu nak baring.. taip sikit nak baring lagi pastu jadi cam blurrr nak tulis apa ni erk sebab terlalu banyak stop.. saja nak share ngan korang weekend ni ciknad single lagi.. ni kali ke2 ciknad single masa weekend sepanjang perkahwinan ciknad.. perasaan?? yang dulu yer sentap tapi kali ni tak sentap pun cuma ada la sikit selit-selit kesedihan itu.. biasalah ibu mengandung kan..mestilah emosi tu uncontrol.. alasan kannn padahal tetiap masa beremosi.. kalau ikutkan mmg nak ler encik suami balik tapi ciknad taknak la kejam sangat sebab encik suami baru je sangat cuti panjang dan ciknad taknak dia membazirkan cuti dia.. baik encik suami menghabiskan cuti masa ciknad bersalin nanti sebab time tu mmg ciknad sangat-sangat memerlukan dia.. tak gitu.. dahla ciknad ni insan yang lemah.. kena ambik darah pun takut giler.. nasib encik suami paham dok sebelah, ciknad leh la peluk-peluk dia.. bukan mengada-ngada tapi ciknad mmg memerlukan kekuatan itu.. sebab tu ciknad tak mau buat check up kat area tempat keja dan pilih hari ahad untuk check up.. biarlah bab ni mmg ciknad taknak berdikari.. ciknad sekarang ni kan kompius gak ni antara mengidam ngan teringin.. dulu masa tak mengandung pun teringin nak makan itu ini.. tu yang kekadang tahankan hati.. ikutkan rasa macam banyak je nak makan tapi tak mau la membazir.. tambah-tambah keadaan sekarang rasa nak makan tapi ciput aje yang dimakan.. kesian makanan tu.. huhuhu.. sekian coretan dari ibu yang single pada weekend ni..zasss

Thursday, February 9, 2012

SATU DAH TERCAPAI

hai semua!! i'm back setelah lama menyepi.. bukan takde story nak diceritakan.. banyak sesangat story yang nak disharekan dengan korang-korang sampai dah ada 2 sambungan entry kena hold.. tapiiiiiii yang sebenarnya ciknad malas... ehhh tak... tak larat la nak menaip... asyik malas aje..nak buat itu ini pun malas apatah lagi nak menaip ni.. nak pk itu ini pun malas.. skrang hati sudah jadi batu.. lantak lah apa nak jadi.. taknak kisah.. semua tu atas sebab alasan yang kukuh so korang-korang takyah la nak sentap-sentap ngan ciknad ok.. meh-meh ciknad explain..



dah tahu kannnn... alhamdulillah... satu wishlist dah tercapai tahun ni..tinggal 3 lagi... so sediakan hadiah besar ok bulan 9 ni untuk anak buah korang ok.. bila dah tahu habis la citerkan.. k bubuiii nak baring-baring