Thursday, December 15, 2011

SUDAH BERLALU

tarikh hari ini adalah 15 disember 2011.. baru je semalam genap umur sweet 18, 2012 plak akan datang menjelma dalam beberapa hari lagi sekaligus memusnahkan feeling muda mudi ciknad.. tapi ciknad xmau kisah sangat tahun, yang penting adalah tarikh, selagi tak 14 disember jangan harap nak ngaku umur yang bertambah itu.. boleh cenggitu?? padahal kalau isi apa-apa borang mesti ikut tahun.. kesianla yang lahir hujung tahun ni merasa la muda sekejap saje.. hari semalam tak da apa-apa pun yang istimewa sangat melainkan ucapan daripada encik suami.. ye tahun ni punya besday ciknad dapat suami.. kepada yang belum kawin cepat-cepatlah kawin, best dapat suami tapi bila suami jauh nun di sana akan sentap la jugak bila tiba hari yang macam ni.. korang mampu menangis sorang-sorang meratapi nasib bila keadaan cenggini.. ciknad mampu je uols.. ntahla mb betul bak kata encik suami ciknad seorang yang sangat-sangat sensitif dan jenis tangkap leleh punya orang.. orang lain xkecoh pun bila besday tapi ciknad plak beremosi bagai sebab suami jauh di sana.. dulu tak berlaki pun ok je tapi bila dah berlaki meroyan la plaks.. dulu ada family, kengkawan dan encik suami di sisi tapi semalam sesorang je.. tetiba ciknad rindukan suasana tempat keja lama.. memang sangat happening.. sekarang macam kureng, bukan nak bezakan antara sektor itu dan ini tapi mmg kenyataan, sangat jauh berbeza suasana itu.. i love that enjoyable & happening environment.. ok sambung balik topik asal.. disebabkan semalam takde kek seperti tahun-tahun yang lalu, so semalam ciknad berkungfu membuat koew teow kung fu menggantikan kek besday..taraaaa


tak berkaler sungguh kek ciknad pada tahun ni..tak kisahlah asalkan keyang da sedap.. tetiba puji diri sendiri.. ini adalah hasil tangan orang yang xmakan sayur sebab tu nampak kosong..jikalau anda memasak untuk orang lain sila jangan tiru aksi ini ok..

Wednesday, December 14, 2011

HARI INI


hari ini adalah hari penambahan umo ciknad.. hepi besday diucapkan untuk diri sendiri.. hoyeaahhhhh ..umo ciknad masih muda lagi ye uols, sila jangan nak menambahkan lagi umo ciknad yang sedia ada ni macam encik suami lakukan.. mencik tau xleh tengok orang feeling muda.. tahun ni tahun pertama menyambut besday sebagai isteri tapi sedikit keciwa sebab suami tiada di sisi..sob sob sob :( tahun pertama juga rasanya besday macam tak ada apa-apa..kalau tidak mmg wajib ada kek walaupun hanya sepotong... itulah ciknad ye uols sejak dari kecik nak jugak ada kek.. teringat masa kecik-kecik bila besday ayah akan bawa pegi kedai kek untuk beli kek.. ada satu masa tertido, bila bangun haruslah tuntut nak pegi beli kek.. tapi supriseeee kek sudah dibeli.. malu bila teringat dok merengek-rengek nak kek.. masa study xpela besday kena time cuti leh la sambut ngan family dan bila sudah bekerja pun masih ada orang sambut walaupun berada di perantauan.. sape lagi kalau bukan encik suami.. sebelum cintan cintun lagi da ada orang sanggup sambut besday.. korang ada ?? hahaha..riak jap cover yang tahun ni keseorangan :(


tahun pertama jumpa encik suami.. terharu mendapat kawan seperti encik suami ketika itu yang sanggup kolek duit ngan kengkawan lain untuk beli kek ni.. tu la orang sambut besday, ciknad pun nak sambut besday tapi xkena time.. merasa terkena tengah bulan.. kopak la jawabnyerrr..


besday tahun kedua dengan encik suami.. masa ni dah jadi kapel.. penuh dengan suprise ok encik suami  ciknad ni..terkezutttt i.. hehehe.. masa ni teringat lagi encik suami tengah marah-marah dekat contractor masukkan data itu sebab lambat hntar data.. marah sebab takut tak sempat nak beli bunga & kek besday.. so sweettttt.. masa tu la jugak first time g makan steambot..


dan juga mendapat bunga ini sebagai hadiah.hanya tggal patung tu je..hohohoho


besday tahun ketiga bersama encik suami punya kek.. sepanjang dengan encik suami tiap-tiap tahun wajib ada kek.. tapi kek ni dituntut sehari selepas.. encik suami boleh buat senyap masa pegi makan-makan ngan geng oldskul opis lama kat kg baru sampai la dihantar balik ke rumah barulah dia bagi resit kek untuk tuntut kek ini.. sama seperti tahun sebelum, kek ni akan dicelebrate & makan bersama geng opis..so bila besday dorang akan tahu ciknad akan bawa kek sehari selepas.. mengapakah ada tittle " cik " pada kek itu ?? sebab encik suami kata tahun itu tahun terakhir jadi single so biarlah dia bagi can merasa single puas-puas.. boleh cenggitu..

kekadangkan ciknad ada berangan juga alangkah bestnye kalau tetiba encik suami ada kat depan pintu rumah n then mengatakan " it's me, i'm here with u n love u so much" sambil cium pipi n dahi.. boleh berangan macam tu x ?? hahaha.. semua itu hanyalah berangan, kalau dekat mungkin encik suami akan buat camtu tapi bila sorang di bandar dan sorang di utara tidak sama sekali 100% . sedih plak bila mengenangkan itu semua.. motip tetiba sentap apa kes ni, sebelum ni xberlaki pun ok je.. ni dah berlaki meroyan la pulakkss.. apa-apa pun ciknad tetap bersyukur... ucapan dah memadai untuk semua itu.. tanda orang ingat kat kita..

TQ ABANG FOR THE WISHES & BIG HUG.. LOVE U SO MUCH... MUAHHHHH

dah-dah sekian.. bubuii uolssss

Monday, December 12, 2011

NANTI LA

story terbaru ciknad ?? ada .. macam-macam aktiviti yang dilakukan shopping..enjoy .. kerja .. ke sana ke situ dan yang paling banyak adalah makan .. dan bila makan semakin mengembang ..tetiba sudah melencong ke arah lain .. nanti la ciknad citer yerk .. bukan ciknad malas tapi gmbar masih belum mencukupi ..korang terima je la alasan orang yang malas sebenarnya itu .. sekian, harap maklum

Tuesday, December 6, 2011

MASUK KEJA

hari ni hari first masuk keja setelah cuti-cuti malaysia + mc sehari ..tapi bukan fullday keja..halfday je sebab ciknad ada taklimat untuk kerani spr..bila nak mengundi pun ciknad xtau..saja menggatal buh nama boleh tambah income :) otak ciknad da tepu...camner ni..keja banyak lagi ni..sekali datang hambikkk..merasa la kan..adoyaiii...si pembantu sila jangan buat perangai di saat genting..kalau x..nahas...kena fire..

Saturday, November 26, 2011

IBU MERTUAKU

sebelum tu, ini adalah siaran lintas langsung dari umah parent ciknad ye..ciknad telah dikidnap balik oleh emak dan ayah ciknad malam semalam..ngonon nak ambik masa sesorang, last-last halfday je la merasa..bak kata RENA postpone..hehehe..ok berbalik kepada tajuk di atas..camner hubungan korang dengan mertua..ok?? ciknad sesangatlah ok..dapat mak mentua yang sangat-sangat ok cuma kekadang terasa kekok sikit bila nak berkomunikasi..bukan xserasi tapi sifat malu-malu kucing itu masih ada lagi dalam diri..ciknad ni mmg loghat KL walaupun dok kedah dan mertua plak mmg pekat ganu giler la..takut gak kekadang sembang dorang xfaham..tapi itu xjadi masalah..kalau xfaham terus terang je..xpayah nak malu-malu kan..ehhh..xpayah malu-malu tapi kalau nak telefon mak mentua ciknad mmg malu..ahahaha..ntah pe-pe la kan..bukan apa ciknad kekadang terfikir aku nak cakap ape erk nanti..faham ke dorang..takut tersenyap plak dua-dua nanti..tu sebab ciknad akan cakap bila encik suami ada sama je..tapiii selepas hari ni ciknad akan memberanikan diri..ye la xkan la sampai bila-bila nak macam ni kan...buat pertama kalinya ciknad telefon mak mentua tanpa ada suami di sebelah..hebat kan?? orang lain da lama buat ciknad baru sekarang nak merasa riak..macam-macam gak yang disembang sampai telefon mak mentua habis bateri..so kesimpulannya lepas ni jangan malu-malu lagi..serlahkan kemesraan anda..hehehe..ok ciknad nak siap..ayah ciknad da bagi arahan suruh siap..g makan kenduri..bubuii uols

Friday, November 25, 2011

WEEKEND

hooray..hooray..it's a holi holiday...yaa..setelah melalui hari-hari yang melemaukan otak ciknad hari ni tiba juga hujung minggu..ciknad xbalik pun umah parent walaupun perjalanan dari kuarters ke rumah ciknad hanyalah  sejam..xtakut ke dok sorang?? soalan yang selalu dituju kat ciknad..xpun..insyALLAh xda apa-apa berlaku..hari lain leh dok sorang-sorang xkan hujung minggu xboleh kan..kekadang kita memerlukan untuk masa kat diri sendiri..betul x ??  berlainan sikit hujung minggu kali ni sebab encik suami balik hari sabtu sebab dia ada kursus..selalunya encik suami balik hari jumaat..kira hari jumaat penuh la ciknad bersendirian lagi..tapii xpe ciknad xkisah..ciknad da isikan dengan sebaiknya seperti jeng jeng jeng


1. AKTIVITI PERTAMA

ye la...kalau x..lapar la ciknad...lain la kalau ada kedai makan depan sekolah ni..tapi sebenarnya kalau da seharian dok umah nak kuar pun malas..makan je yang mana ada..menu hari ini adalah nasi goreng sotong..bunyi gempak je kan..sebenarnya habiskan nasi + sambal sotong semalam daripada membazir..ye la dok sorang makan pun ciput je..pastu mood nak buat sesuatu tu timbul so ciknad godek-godek dapur ada tepung dadih..cergas la membuat..sedap dimakan sejuk-sejuk sambil menonton korea..


2. AKTIVITI KE DUA

sekejap je..xsampai sejam pun..entahla..sejak kebelakangan ni nak tido waktu siang mmg payah betul..pastu kalau lepas subuh payah la nak tido..rugi la cuti ciknad..huhuhu..malam lak..payah la nak stay sampai kul 12..xremaja betul la kan..aisehh

3. AKTIVITI KE 3

haruslah layan korea.baru episod 10..masih banyak lagi nak kena tgok ni...hehehe

4. AKTIVITI KE EMPAT


wajib yang ni..untuk berkomunikasi denga dunia luar..kalau xkeluar rumah pun seelok-eloknya berkomunikasi cara lain kan..tanpa internet mmg kebosanan..dari internet juga jumpa encik suami dulu-dulu..

5. AKTIVITI KE LIMA

baca novel..tapi bukan buku ni yang di baca.hanya semata-mata gambar ok..ciknad suka enulis novel ni..siti rosmizah..semua novel dia ciknad ada..bila lagi agaknya dia nak kuar buku baru ni..hmmm

6. AKTIVITI KE ENAM

karok sesorang kat umah..takdala malu sangat..sebab xda orang lain dengar...diri sendiri je la dengar..sumbang ke tidak diri sendiri je..asalkan layan...tapi yang bestnya buka youtube sebab nak tengok liri n then botol yoko-yoko ciknad tu la mic..hahaha..buang tabiat..

tu ler aktiviti orang yang menghabiskan waktu ketika bersendirian..korang plak camner..yang wajib tu xpayah la nak diceritakan..benda pun wajib..memasing tahu la yerk..

Thursday, November 24, 2011

MERAJUK


buruk aje bunyinyer kan bila kita dah dewasa ni..tapi xsalah kot rasanya sebab memasing ada hak..kekadang merajuk ni juga boleh membawa ke arah kebaikan dan ada jugak yang menyusahkan..ciknad sentap ok..semua suruh balik sana sini..tapi dorang langsung xpk hal ciknad..camner nak ke sana??ok ke ciknad??semua seolah-olah memberi arahan kat ciknad..ye la..tahu la ciknad cepat kesiankan orang tapi kekadang ciknad sentaplah juga ok..sedih plak rasanya..huhuhu..ciknad gak ngaku kekadang tu untuk kebaikan ciknad tapi ciknad tetap degil gak kan..alahai diri...hari ni da gaji la uols..tetiba terasa nak g shopping baju + tudung..rasa mcam dah lama xshopping sejak bertukar keja ni..mana x nya.kena la berjimat cermat kan..dulu leh la shopping itu ini..jeles plak dengar akak tu g shopping dengan husband dia last month atas sebab mengamuk setelah suami dia komplen itu ini tapi xbawa pun..yang tu no komen la kan..tapi biasala isteri memang kebanyakan bergantung kepada suami kalau nak ke sana ke mari..suami ciknad jauh so ciknad kena semuanya sorang2..xpela xshopping pun boleh hidup jugak kan..sebab semua itu adalah nafsu..ehhh dah la..nak baca buku akaun plak tambah ilmu..karang ada plak tetiba surat kata aks xbuat keja..how?? padahal baru tadi ciknad mengulas kan..kadang-kadang keja juga perlu ada selitan yang lain..tak da la stress kan..hehehe...